- JBS Kedah
- Hits: 88
MESYUARAT KHAS PEMBANGUNAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI MALAYSIA DENGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH
4 Mei 2024, Alor Setar - Sedang berlangsung Mesyuarat Khas Pembangunan YAB Perdana Menteri Malaysia Dengan Kerajaan Negeri Kedah bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah.Mesyuarat dianjurkan sempena Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun 2024 peringkat Negeri Kedah.
YAB Perdana Menteri Malaysia telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Mesyuarat dimulakan dengan sesi aluan YAB Pengerusi dan diteruskan dengan sesi taklimat pembangunan projek-projek negeri Kedah oleh YAB Menteri Besar Negeri Kedah.
Mesyuarat juga telah dihadiri oleh wakil Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diwakili oleh Pn Salwa Bt Senawi, Penolong Pengarah Rakan Muda JBSNKedah.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
- JBS Kedah
- Hits: 88
