- JBS Kedah
- Hits: 93
MAJLIS “SANJUNGAN BUDI” PERTUKARAN KAKITANGAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PADANG TERAP
PADANG TERAP KEDAH, 05 MEI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah mengadakan Majlis “Sanjungan Budi” pertukaran kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap yang akan bertukar keluar pada 02 Mei 2024 (Khamis) yang lalu bertempat di Pekan Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Kakitangan PBSD Padang Terap yang diraikan pada majlis tersebut iaitu Pn. Rosnah Binti Ismail, Pembantu Tadbir akan bertukar keluar ke Pejabat KEMAS Daerah Padang Terap berkuatkuasa pada 06 Mei 2024.
En. Wan Syahrin Bin Ali, Pemangku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap menyampaikan cenderahati kepada Pn. Rosnah Binti Ismail, Pembantu Tadbir PBSD Padang Terap dengan turut dihadiri semua kakitangan dan sebahagian NGO’s PBSD Padang Terap.
‘Biar Jasa Jadi Kenangan’ dan ‘Selamat Maju Jaya’ di tempat baharu.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 93
