ALOR SETAR, 1 APRIL 2024 – Telah berlangsung sesi Taklimat Pelaksanaan Program Bahagian Pembangunan Belia bertempat di Dewan Raflesia Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Kedah. Sesi ini melibatkan semua Timbalan Pengarah Bahagian di Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kedah, semua pegawai Bahagian Pembangunan Belia, wakil Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah, Majlis Belia Daerah dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah. Ucaptama majlis telah disempurnakan oleh Puan Noor Azma bt Deris selaku Pengarah JBS Negeri Kedah. Hadir bersama dalam sesi tersebut ialah Pn. Noor Azah bt Ali, Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara dan En. Mohd Amir Murshidi bin Dato’ Hj. Shamsudin, Presiden MBN Kedah.
Agenda utama sesi ini adalah berkenaan pembentangan pelaksanaan program Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah, Hari Belia Negara dan Kembara Jumpa Orang Muda oleh En. Mohd Izuan bin Saidin dan En. Ahmad Kamaruizaman bin Jamaluddin.
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu telah diwakili oleh Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir dan Puan Husaini Binti Husain Pegawai Unit Pembangunan Belia. Turut hadir Puan Noridayu Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Kubang Pasu serta Saudara Mifdzal Shakirin dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Kubang Pasu.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu
- JBS Kedah
- Hits: 98
