BANDAR BAHARU – 06 MEI 2024 – Kursus Pengenalan Canva Editing Skill anjuran Team Media Sosial Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah diadakan secara atas talian pada 06 Mei 2024 (Isnin) jam 2.00 petang. Kursus anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah ini disampaikan oleh En. Dzarif Ikbar bin Azizan dimana semua peserta kursus adalah Pegawai Media dari jabatan dan pejabat belia dan sukan daerah di Negeri Kedah.
Turut sama dalam kursus ini adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah,Puan Noor Azma binti Deris.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 105
