- JBS Kedah
- Hits: 88
KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI BELIA & SUKAN DAERAH PADANG TERAP KEPADA PEGAWAI DAERAH PADANG TERAP
PADANG TERAP KEDAH, 12 MEI 2024 – Kunjungan Hormat oleh En. Mohamad Sallehudin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap baharu kepada Ybh. Tn. Azmin Bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 07 Mei 2024 (Selasa) bertempat di Pejabat Daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Tujuan kunjung hormat ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim serta menjalinkan jaringan kerjasama strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dengan Pejabat Daerah Padang Terap, Kedah.
Antara perbincangan ini, usaha kerjasama untuk program pembangunan belia, sukan dan rakan muda dalam Daerah Padang Terap serta lain-lain bentuk kerjasama yang boleh dijalankan antara kedua-dua belah pihak. Semoga usaha permulaan ini dapat menghasilkan hubungan yang baik antara kedua-dua pihak.
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh En. Johardi Bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Sukan) dan En. Mohamad Hasni Bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda).
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 88
