- JBS Kedah
- Hits: 95
PROGRAM EXPLORASI RAKAN AKTIF@GUA SIREH BALING KEDAH DENGAN PENGLIBATAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PADANG TERAP
BALING KEDAH, 12 MEI 2024 - Aktiviti Rakan Aktif Eksplorasi@Gua Sireh (Kampung Dalam Wang) & Gua Badak (Kampung Sungai Limau) diadakan yang merupakan kesinambungan aktiviti daripada Mesyuarat Pengurusan Jabatan Bilangan 03 Tahun 2024 bertempat di Daerah Baling, Kedah Darul Aman.
Peluang menikmati panorama yang menarik dengan keindahan dan keaslian Gua Sireh dan Gua Badak sangat menarik dan sukar dilupakan.
Ianya merupakan aktiviti dan pengalaman baru yang sangat hebat di samping mengeratkan silaturrahim dalam menjaga ukhuwah sesama warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Turut hadir En. Mohd Sallehudin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 95
