- JBS Kedah
- Hits: 153
PENGHARGAAN DAN PERBINCANGAN PROSPEK KERJASAMA YANG LEBIH KOMPREHENSIF BERSAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM (APM) PENDANG
Pendang , 16 Mei 2024 | Bertempat di Pejabat Operasi Angkatan Pertahanan Awam Pendang telah berlangsungnya pertemuan bersama Pegawai APM Daerah Pendang, Leftenan Pertahanan Awam,Puan Yuslina Binti Yusoff.
Agenda pertemuan adalah bagi menyatakan penghargaan serta menyampaikan saguhati ekoran sokongan dan bantuan APM Pendang dalam menjayakan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pendang 2024 yang lalu.
Dalam pertemuan tersebut turut dibincangkan prospek kerjasama yang lebih komprehensif menerusi perkongsian aset serta kepakaran kedua - dua pihak supaya menjadi manfaaf terutamanya dalam menjayakan Program Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD PENDANG )
- JBS Kedah
- Hits: 153
