BALING , 06 Mei 2024 - Kursus Pengenalan Canva Editing Skill anjuran Team Media Sosial Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang diselaraskan oleh En. Dzarif Ikbar bin Azizan Pegawai Media JBS Kedah telah diadakan petang semalam. Peserta terdiri daripada pegawai media jabatan dan pejabat belia dan sukan daerah di negeri Kedah.
Turut hadir , Pegawai Media PBSD Baling , En.Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar
#jbsnbersama
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)
BALING , 06 Mei 2024 - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu mengadakan lawatan pemantauan di Kompleks Rakan Muda (KRM) Baling. Beliau telah disambut oleh Puan Siti Salmiah bt Md Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling, dan Encik Danial Shamad Kesvan Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling.
YBhg. Ts. Dr. KSU berkesempatan melawat fasiliti Kompleks Rakan Muda, beramah mesra dengan kakitangan KRM Baling dan membincangkan cabaran serta potensi program yang boleh dijalankan di daerah Baling.KSU berterima kasih kepada warga KRM Baling yang menjaga fasiliti dengan baik serta KRM digunakan secara optima untuk pembangunan belia dan sukan
Semasa lawatan tersebut, YBhg. Ts. Dr. KSU telah turut berjumpa dengan wakil belia Baling diketuai oleh Encik Mohd Hamdi bin Kureneh, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah (MBD) Baling merangkap Naib Presiden 1 MBN Kedah, dan Encik Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Ismail, EXCO MBD Baling
Pertemuan tersebut telah membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh belia di Baling, program-program kerjasama serta geran dan inisiatif yang sedang dan boleh dilaksanakan.YBhg. Ts. Dr. KSU berpuas hati dengan kerjasama yang baik antara PBSD Baling dan pertubuhan belia dan sukan setempat dalam pembangunan belia dan merakyatkan sukan.
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)
BALING , 02 Mei 2024 - Pegawai PBSD Baling , Puan Siti Salmiah Bt. Md Ani dan En.Danial Shamad Kesvan Abdullah telah hadir ke mesyuarat pelarasan jawatankuasa bagi Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Baling bagi tahun 2024.
Pegawai PBSD Baling telah mempengerusikan mesyuarat ini dengan ahli-ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada wakil Majlis Belia Daerah Baling dan SMK Tanjung Puteri.
#jbsnbersama
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)
BANDAR BAHARU – 15 MEI 2024 – Telah berlangsungnya Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2024 pada 15 Mei 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang bermula pada jam 8.00 pagi.
Program yang dirasmikan olah Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor bin Ismail itu menyaksikan pelbagai acara yang telah diadakan. Antaranya Bacaan Ikrar Belia oleh Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Bandar Baharu, Senamrobik oleh Kelab Senamrobik Serdang, Pertandingan Futsal Berkain Pelikat dan Pertandingan Bola Jaring Bola Takraw. Acara-acara ini merupakan antara salah satu daripada 10 Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Aktif.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu,En Shamsul Qamar bin Shamsuddin turut menyampaikan amanat khususnya kepada para belia dalam ucapan beliau.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
ALOR SETAR – 01 JUN 2024 – Telah berlangsungnya majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2024 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah (KOMBES) pada 01Jun2024 (Sabtu). Hadiah telah disampaikan oleh YB Tuan Adam Adli bin Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan senarai pemenang adalah seperti berikut:-
Individu Lelaki
1. Muhammad Hasrullah bin Md Hasmi
2. Muhammad Asyraf bin Anor
3. Muhammad Ariff bin Badrudin
Individu Perempuan
1. Nurul Ummi binti Muhammad Razak
2. Nur Afiqah binti Mahmud
3. Nazatul Najihah binti Ani
Pertubuhan Belia
1. Majlis Belia Daerah Kota Setar
2. Junior Chamber International Sungai Petani
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sungai Petani
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu telah menghantar 3 orang peserta pencalonan individu iaitu seorang individu lelaki dan 2 orang individu wanita serta 1 calon bagi pertubuhan. Tahniah diucapkan kepada pemenang.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 02 JUN 2024 – Lawatan dari Pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kulim (JPPH) telah diterima pada 02 Jun 2024 (Ahad) pada jam 10.00 pagi oleh Puan Ayuni Dhamirah bt Fadzil.
Pengurus Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu iaitu En Shamsul Qamar bin Shamsuddin telah menghantar surat permohonan kepada pihak JPPH Kulim bagi membuat penetapan kadar sewaan gelanggang futsal berbumbung mengikut keluasan dan struktur lantai.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
ALOR SETAR – 01 JUN 2024 – Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2024 telah diadakan dengan gilang gemilangnya dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Adam Adli bin Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah (KOMBES).
Majlis turut diserikan oleh YB Muhamad Radhi Mat Din, Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, Y. Bhg. Ts. Dr. Nagulendren Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Y. Bhg. Encik Mohd Azahari Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Saudara Amir Mushidi bin Dato’ Shamsudin, Presiden Majlis Belia Negeri Kedah.
Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu telah diwakili oleh En. Shamsul Qamar bin Shamsuddin dan Puan Nur Adila bt Mohamad ke program tersebut.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
ALOR SETAR – 01 JUN 2024 – Satu townhall bersama orang muda telah diadakan bersama YB Tuan Adam Adli bin Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan Saudara Amir Mushidi bin Dato’ Shamsudin, Presiden Majlis Belia Negeri Kedah untuk mengupas isu-isu semasa.
Majlis turut diserikan oleh Y. Bhg. Ts. Dr. Nagulendren Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Y. Bhg. Encik Mohd Azahari Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Y. Bhg. Tuan Haji Hasnata bin Hassan, Pendaftar Pertubuhan Belia serta pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu telah diwakili oleh En. Shamsul Qamar bin Shamsuddin dan Puan Nur Adila bt Mohamad ke program tersebut yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
Pendang, 29 Mei 2024 | Bertempat di pejabat urusan 1Minute Miracle Sdn. Bhd telah diadakan perjumpaan dan sesi perbincangan berkaitan pelaksanaan Program Rakan Mahir (Rakan Muda) : Skill For Life.
Program yang julung-julung kali diadakan ini menfokuskan kepada pengisian untuk menyediakan peluang kepada para belia memperoleh kemahiran dengan objektif membantu mengurangkan beban kos sara hidup berkonsepkan 'Do It Yourself'.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang amat berbesar hati kerana telah diberi peluang membentangkan cadangan mewujudkan kerjasama dengan dua entiti perusahaan ini menerusi wakilnya iaitu Encik Nor Afifullah Bin Md.Isa selaku Pengarah Urusan 1 Minute Miracle Sdn.Bhd dan Puan Zeela selaku Pengarah Urusan Zeelabeauty Consultant yang juga pemilik jenama perniagaan Zeela Touch.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD PENDANG )