Sik,24-26 Mei 2024 | Bertempat di Sri Ternas Resort Tasik Beris telah diadakan Kursus Pengurusan Bencana dan Glam Camping Anak Muda. Kursus yang dianjurkan oleh YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Yayasan Sultanah Bahiyah,ABIM Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah ini turut disertai seramai enam orang anak muda dari daerah Pendang.
Objektif penganjuran Kursus ini adalah untuk menyemai serta mewujudkan jiwa serta semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan anak muda terutamanya bagi membantu masyarakat yang terbabit atau ditimpa bencana.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD PENDANG )
Pendang, 30 Mei 2024 | Bertempat di persisiran Sungai Titi 2 Lapis,Tanah Merah telah diadakan sesi lawatan tapak bagi persediaan mengadakan aktiviti mengayuh 'Dragon Boat' atau Perahu Naga oleh YTM Tengku Temenggong Kedah, BrigadierJeneral Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Program yang dikelolakan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah tersebut bakal berlangsung pada 8 Jun 2024. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang menerusi wakilnya Encik Samioun Bin Shomidon telah diundang bagi bersama-sama terlibat menganjurkan Program serta meninjau lokasi aktiviti.
Turut hadir dalam lawatan persiapan tersebut adalah wakil daripada agensi seperti Pejabat Daerah & Tanah Pendang ,MAJLIS DAERAH PENDANG , MADA Ibu Pejabat, MADA Pendang, IPD Polis Daerah Pendang dan lain-lain agensi yang berkaitan termasuk NGO, Pendang Paddle Club PPC .
#TeamKBS
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD PENDANG )
BANDAR BAHARU – 27 MEI 2024 – Telah berlangsungnya sesi perbincangan sempadan untuk pertubuhan belia bagi Daerah Bandar Baharu-Kulim dan Daerah Kota Setar – Pokok Sena pada 27 Mei 2024 (Isnin) di Pejabat Pertubuhan Belia Zon Utara (ROY) jam 10.00 pagi.
Antara pengisian dalam sesi tersebut adalah setiap daerah yang terlibat akan mengenalpasti pertubuhan milik daerah masing-masing dan memaklumkan kepada pihak ROY untuk diletakkan di sempadan yang betul. Ini kerana berlaku kekeliruan khususnya bagi sempadan yang melibatkan kawasan parlimen. Puan Nur Adila binti Mohamad yang merupakan Pegawai Unit Belia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu telah hadir dalam sesi perbincangan tersebut.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
Sik,24-26 Mei 2024 | Bertempat di Kem Rekreasi ABIM,Tasik Beris Sik telah diadakan Kursus Pengurusan Bencana dan Glam Camping Anak Muda.
Kursus yang dianjurkan oleh YADIM Negeri Kedah dan Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Nurul Balqis binti Shahron dan Thaqif bin Hamid dari daerah Sik turut menyertai kursus ini.
Objektif penganjuran Kursus ini adalah untuk menyemai serta mewujudkan jiwa serta semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan anak muda terutamanya bagi membantu masyarakat yang terbabit atau ditimpa bencana.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
#pbsdSik
DISEDIAKAN OLEH : SITI MOKTAROH BIN MOKHTAR (PBSD SIK)
BANDAR BAHARU – 26 MEI 2024 – Seramai 15 orang sukarelawan dari Majlis Belia Daerah Bandar Baharu diketuai oleh Pengerusinya, Encik Amir Syarifuddin Abdul Majid telah ke Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada 24-26 Mei 2024 bertempat di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
Kehadiran sukarelawan ini bertujuan membantu di dalam slot Rakan Muda Aktif bersama-sama dengan sukarelawan dari daerah-daerah di seluruh Kedah di bawah Kontijen Majlis Belia Negeri Kedah.
Ucapan ribuan terima kasih juga diucapan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang sudi menaja pengangkutan dan perbelanjaan sukarelawan ke sana.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 26 MEI 2024 – Kelab Sukan Rekreasi Serdang (KESURA) sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan slot mari berkayak sempena Program Hari Bertemu dan Santai Retro Serdang, Kedah pada 26 Mei 2024 bertempat di Taman Tasik Serdang Kedah.
Peluang yang diberikan ini telah merupakan usaha pertama mempromosi dan menggalakkan sukan air di Tasik Serdang serta sebagai salah satu medium mempromosikan Serdang Outdoor Recreation Centre yang akan dibangunkan oleh KESURA bertempat di KEDA Bistro.
Selain berkayak, program anjuran Majlis Daerah Bandar Baharu ini menyajikan pelbagai acara menarik di antaranya ialah Senamrobik, Cleanwalk tasik, Kaunter Khidmat Pelanggan & Pameran Jabatan/Agensi/ Perbankan, Pameran Kenderaan PDRM & Bomba,Tukar minyak hitam percuma, Pertandingan mewarna kanak – kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Aktiviti Berkuda, Aktiviti Memanah, Demonstrasi Silat, Aktiviti berkayak,Pameran kereta dan motorsikal retro, Jualan makanan dan minuman dan Sukaneka rakyat.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
PADANG TERAP KEDAH, 28 MEI 2024 – Pertandingan Liga Sukan Komuniti 2024 Peringkat Daerah Padang Terap bagi acara sepak takraw antara regu telahpun diadakan dengan jayanya pada 25 Mei 2024 yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Naka, Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Pertandingan ini mendapat kerjasama penuh dari pentadbiran SMK Naka serta sokongan teknikal daripada Jawatankuasa Teknikal Sepak Takraw Daerah Padang Terap.
Sebanyak 16 pasukan sepak takraw telah mengambil bahagian dari seluruh Daerah Padang Terap. Johan telahpun dimenangi oleh pasukan IKBN Naka ‘B’, Naib Johan pasukan Peladang Naka, tempat ketiga bersama pasukan Semeliang dan Terap Vipers.
Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Cikgu Azizan Bin Abd Hamid, Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Menengah Kebangsaan Naka. Hadir bersama, En. Muhammad Sallehuddin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 28 MEI 2024 – Pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Padang Terap Tahun 2024 telahpun diadakan pada 27 Mei 2024 (Isnin) bertempat di Pejabat Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Antara objektif Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) ini diadakan adalah membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia pada semua peringkat serta memperkukuhkan hubungan serta jaringan kerjasama antara pemimpin pertubuhan belia dengan pihak Kerajaan dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang dinamik dan berdaya saing.
Antara isu/usul yang dibincangkan dan dibahaskan dalam MPBN Padang Terap ini adalah Keusahawanan dan Ekonomi, Sosial dan Kesihatan, Pembangunan Belia, Kemudahan Infrastruktur, Pendidikan dan Agama.
Persidangan MPBN Peringkat Daerah Padang Terap ini telah dipengerusikan oleh Yg. Bhg. Tn. Azmin Bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap.
Hadir sama Ketua-Ketua Jabatan dalam Daerah Padang Terap yang berkaitan dengan kerja belia serta Majlis Belia Daerah (MBD) Padang Terap.
Majlis Belia Daerah (MBD) Padang Terap dihadiri oleh En. Muhamad Jasnizam Bin Muhamad Husni, Pengerusi MBD Padang Terap, En. Ammar Salimi Bin Abdul Kadir, Timbalan Pengerusi MBD Padang Terap, Pn. Norazwin Hanim Binti Abdul Hamid, Setiausaha MBD Padang Terap dan barisan Ahli Jawatankuasa MBD Padang Terap.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah dihadiri oleh En. Muhammad Sallehuddin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, En. Johardi Bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap (Unit Sukan) dan En. Mohamad Hasni Bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap (Unit Rakan Muda).
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
26 Mei 2024, Sik – Encik Zailan bin Daud, Pegawai Belia dan Sukan daerah Sik hadir sebagai Panel Jemputan bagi Anugerah Desa KEDA Madani (Adkm) Tahun 2024 yang telah diadakan di Desa KEDA Sungai Semiar Sik, Kedah.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : SITI MOKTAROH BIN MOKHTAR (PBSD SIK)