- JBS Kedah
- Hits: 130
MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBD) PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2024
LANGKAWI, KEDAH – 26 MEI 2024, Bertempat di bilik perbincangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi, telah diadakan satu mesyuarat penyelarasan Majlis Perundingan Belia Daerah Langkawi pada 12 Mei 2024.
Mesyuarat membincangkan kaedah perlaksanaan program,pengurusan dan pentadbiran program bersama dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Langkawi dan ahli gabungan yang hadir bersama. Majlis Perundingan Belia Negara (MPBD) ini dijangka akan dilaksanakan pada 23 Mei 2024 di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Langkawi,
Mesyuarat di pengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman. Turut hadir bersama Puan Nurul Fitriah Binti Hj Drani selaku Penyelaras Program.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 130
