Baling,23 Mei 2024 - Seramai 14 orang peserta OKU dari daerah Baling telah menyertai Program Inspire I-Talent Siri 1 Peringkat Negeri Kedah 2024 yang bertempat di Dewan Serbaguna LHDN , Sungai Petani.
Program ini merupakan platform untuk mengenalpasti bakat baharu untuk diketengahkan sebagai atlit pelapis Para khususnya di negeri Kedah. Daerah Baling telah menghantar beberapa peserta yang dikenalpasti mempunyai potensi dalam menjadi atlit Para ke program tersebut yang terdiri dari pelajar sekolah dan pusat pemulihan dalam komuniti.
Turut hadir , Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling , Pn.Siti Salmiah Bt Md Ani .
#jbsnbersama
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)
- JBS Kedah
- Hits: 110
