23 Mei 2024, Sungai Petani - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim telah menghantar peserta OKU dari pelbagai kategori untuk menyertai Program Inspire iTalent Peringkat Negeri Kedah 2024 bertempat di Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Sungai Petani bermula jam 8.00 pagi.
Program ini merupakan siri pencarian bakat sukan di kalangan OKU yang menyasarkan peserta berumur 9-35 tahun.
Didoakan semoga peserta dari Daerah Kulim berjaya dan terpilih mewakili pasukan negeri Kedah ke peringkat yang lebih tinggi seperti sirkit kejohanan Sukan PARA dan Sukan PARA SUKMA.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#yakinboleh
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md. Najib (PBSD Kulim)
- JBS Kedah
- Hits: 110
