Baling,18 Mei 2024 - Pra usul Majlis Perundingan Belia (MPBN) daerah Baling bagi tahun 2024 telah diadakan oleh Pegawai Unit Pembangunan Belia PBSD Baling , En.Danial Shamad Kesvan Abdullah di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling hari ini.
Turut hadir , Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Baling ,En.Hamdi dan Exco Majlis Belia Daerah Baling , Puan Iswani.
#jbsnbersama
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)
Baling,16 Mei 2024 - Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negara telah mengadakan lawatan pemantauan projek naik taraf di Kompleks Rakan Muda Baling hari ini .
Wakil yang hadir , Encik Anuar dan Puan Salwa telah diiring oleh Penolong Jurutera JBS Negeri Kedah , En.Mohd Redzuan Bin Shafie bagi membincangkan berkenaan projek naik taraf yang akan dilakukan di KRM Baling.
Turut bersama , Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling , Pn. Siti Salmiah Bt Md Ani bersama En.Danial Shamad Kesvan Abdullah .
#jbsnbersama
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)
Baling , 15 Mei 2024 - Majlis Belia Daerah Baling bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling telah membuat majlis pelancaran Mini Y-Hub Center semalam di Kompleks Rakan Muda Baling .
Mini Y-Hub ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada belia di daerah Baling bagi melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang boleh membentuk pembangunan belia di daerah Baling
Turut hadir , Sdr. Mohd Hamdi Bin Keruneh , YDP MBD Baling , Pn.Siti Salmiah Bt Md Ani , Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling dan En.Danial Shamad Kesvan Abdullah , Pegawai Unit Pembangunan Belia PBSD Baling .
#jbsnbersama
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)
BALING, 15 MEI 2024 - Telah berlangsung program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Baling bertempat di SMK Tanjung Puteri , Kuala Ketil,Baling.
Pegawai Daerah Baling , Dato' Abdul Gafar Bin Yahya telah merasmikan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Baling .Antara pengisiannya adalah bacaan Ikrar Belia Malaysia, Pameran Agensi, Pemeriksaan Kesihatan, 'fun games' dan pelbagai lagi.
Turut hadir , Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Baling (Perancangan) , Tuan Haji Mohamad Khairul Adilah Bin Ahmad , Pengetua SMK Tanjong Puteri, Puan Zaina Bt Said , YDP Majlis Belia Daerah Baling , En. Mohd Hamdi Bin Keruneh , Penghulu Mukim Tawar , Ketua-ketua Jabatan Daerah Baling , Warga SMK Kuala Ketil dan SMK Parit Panjang .
#jbsnbersama
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)
9 Mei 2024, Baling - Aktiviti Rakan Aktif Eksplorasi@Gua Sireh (Kampung Dalam Wang) & Gua Badak (Kampung Sungai Limau) diteruskan hari ini yang merupakan kesinambungan aktiviti daripada Mesyuarat Pengurusan Jabatan Bilangan 03 Tahun 2024. Peluang menikmati panorama warna warni keindahan dan keaslian Gua Sireh dan Gua Badak sangat menarik dan sukar dilupakan.
Merupakan aktiviti dan pengalaman baru yang sangat hebat di samping mengeratkan silaturrahim dalam menjaga ukhuwah sesama warga kerja JBSNKedah.
Warga PBSD Baling dengan kerjasama penggerak rekreasi daerah Baling telah menjalankan tugas dengan baik bagi penganjuran program ini.
#jbsnbersama
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)
BALING, 8 MEI 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Bil.3/2024 di Kompleks Rakan Muda (KRM) Baling. Ahli mesyuarat terdiri daripada para Pegawai Jabatan dan Daerah.
Pembentangan isu serta penyelarasan takwim program telah dibuat mengikut bahagian iaitu Pentadbiran & Kewangan, Pembangunan Belia, Rakan Muda, Sukan dan juga daripada semua daerah. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Puan Noor Azma bt Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Pihak jabatan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi pembangunan belia dan sukan Malaysia khasnya di negeri Kedah. Turut hadir Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling , Pn. Siti Salmiah Bt Md Ani dan Pen.Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling , En.Danial Shamad Kesvan Abdullah.
#jbsnbersama
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)
BALING , 06 Mei 2024 - Kursus Pengenalan Canva Editing Skill anjuran Team Media Sosial Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang diselaraskan oleh En. Dzarif Ikbar bin Azizan Pegawai Media JBS Kedah telah diadakan petang semalam. Peserta terdiri daripada pegawai media jabatan dan pejabat belia dan sukan daerah di negeri Kedah.
Turut hadir , Pegawai Media PBSD Baling , En.Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar
#jbsnbersama
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)
BALING , 06 Mei 2024 - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu mengadakan lawatan pemantauan di Kompleks Rakan Muda (KRM) Baling. Beliau telah disambut oleh Puan Siti Salmiah bt Md Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling, dan Encik Danial Shamad Kesvan Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling.
YBhg. Ts. Dr. KSU berkesempatan melawat fasiliti Kompleks Rakan Muda, beramah mesra dengan kakitangan KRM Baling dan membincangkan cabaran serta potensi program yang boleh dijalankan di daerah Baling.KSU berterima kasih kepada warga KRM Baling yang menjaga fasiliti dengan baik serta KRM digunakan secara optima untuk pembangunan belia dan sukan
Semasa lawatan tersebut, YBhg. Ts. Dr. KSU telah turut berjumpa dengan wakil belia Baling diketuai oleh Encik Mohd Hamdi bin Kureneh, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah (MBD) Baling merangkap Naib Presiden 1 MBN Kedah, dan Encik Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Ismail, EXCO MBD Baling
Pertemuan tersebut telah membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh belia di Baling, program-program kerjasama serta geran dan inisiatif yang sedang dan boleh dilaksanakan.YBhg. Ts. Dr. KSU berpuas hati dengan kerjasama yang baik antara PBSD Baling dan pertubuhan belia dan sukan setempat dalam pembangunan belia dan merakyatkan sukan.
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)
BALING , 02 Mei 2024 - Pegawai PBSD Baling , Puan Siti Salmiah Bt. Md Ani dan En.Danial Shamad Kesvan Abdullah telah hadir ke mesyuarat pelarasan jawatankuasa bagi Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Baling bagi tahun 2024.
Pegawai PBSD Baling telah mempengerusikan mesyuarat ini dengan ahli-ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada wakil Majlis Belia Daerah Baling dan SMK Tanjung Puteri.
#jbsnbersama
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)