BANDAR DARULAMAN, 24 Jun 2024 - Satu mesyuarat penting telah diadakan di Pejabat MCPF Daerah Kubang Pasu hari ini bagi membincangkan pelaksanaan Program ALTeR @ Komuniti di Mukim Naga. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh wakil 13 jabatan yang terlibat dalam program berkenaan.
Mesyuarat dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Ketua AADK Daerah Kubang Pasu, Norhiza Lah, yang memberikan penerangan terperinci mengenai objektif dan strategi pelaksanaan program di Mukim Naga. Taklimat tersebut diikuti dengan perbincangan yang konstruktif antara wakil-wakil jabatan yang hadir.
Mesyuarat kemudiannya dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu (Pengurusan Daerah), Mohd Khairul Nizam Abd Latif, yang menekankan kepentingan kerjasama antara jabatan dalam memastikan kejayaan program tersebut. Beliau turut menggariskan beberapa langkah penting yang perlu diambil untuk memastikan program berjalan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Penolong Pengarah Pencegahan AADK Negeri Kedah, Rajesvari Gonoselan, yang memberi sokongan dan input tambahan bagi memperkukuhkan lagi pelaksanaan program ALTeR @ Komuniti.
Program ALTeR @ Komuniti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pencegahan terhadap masalah penyalahgunaan dadah di kalangan komuniti setempat, serta mempromosikan gaya hidup sihat dan selamat. Dengan kerjasama semua pihak yang terlibat, diharapkan program ini dapat memberikan impak positif kepada penduduk di Mukim Naga dan kawasan sekitarnya.
Puan Husaini Binti Husain telah hadir mewakili Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu.
Sungai Petani, 15 Jun 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Program Akreditasi Renang dan Keselamatan Air yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah.
Program anjuran SP Aquatic Club dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah ini melibatkan seramai 405 orang peserta telah diakreditasi bagi mendapat sijil penyertaan kemahiran renang tahap 1.
Sesi demontrasi renang juga diadakan oleh peserta Program KLAS Renang Negeri Kedah Daerah Kuala Muda (Kanak-kanak dan Remaja OKU) dan Kubang Pasu (Kanak-kanak Kategori B40).
Seramai 17 orang peserta Kanak-kanak kategori B40 dari daerah Kubang Pasu telah terpilih bagi akreditasi tersebut.
Hadir sama Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Tuan Haji Muhammad Radhi Bin Haji Mat Din dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan Puan Noor Azma Binti Deris, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSD KP, Encik Mohd Azizi Bin Rashid telah hadir sebagai Penyelaras Program bagi Daerah Kubang Pasu.
Jitra, 11 Jun 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) 2024 yang diadakan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet petang tadi.
Mesyuarat tersebut diadakan bagi menyelaraskan 2 program yang bakal diadakan oleh setiap daerah iaitu Program Menyantuni Warga Emas & Program Menyantuni Kanak-kanak dengan kerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
PBSD Kubang Pasu telah diwakili oleh Pegawai Belia Dan Sukan, Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir dan Puan Haslinda Binti Harun, Pegawai Unit Rakan Muda.
Bandar Darulaman, 8 Jun 2024 - Jutaan terima kasih diucapkan kepada Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Hanaffi Bin A.Rahman dan Pegawai Kecergasan, Tuan Hj Kamaruzaman Bin Khalidin yang sudi hadir turut bersama dalam Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa I 2024 Daerah Kubang Pasu.
Sesi terakhir 6/6 Fasa 1 telah disempurnakan di Gemilang Swimming Pool, Darulaman Golf & Country Club.
Semoga dengan adanya program seperti ini akan dapat melahirkan lebih ramai atlit renang di masa akan datang serta dapat mengaktifkan lagi gaya hidup para peserta.
Sanglang, 10 Jun 2024 - Telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun Zon Ayer Hitam Daerah Kubang Pasu 2024 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Jerlun.
Sebanyak 8 pasukan dari sekolah-sekolah rendah kawasan PKG Ayer Hitam telah menyertai kejohanan ini.
Berikut merupakan senarai pemenang:
Tempat Pertama: SK Seri Muda
Tempat Kedua : SK Jerlun
Tempat Ketiga Bersama : SK Sanglang & SK Dato' Syed Ahmad
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru-guru yang melatih.
Jitra, 9 Jun 2024 - Telah berlangsung Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Kubang Pasu yang dianjurkan secara bersama PBSD Kubang Pasu dan Majlis Belia Daerah Kubang Pasu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kubang Pasu.
Sidang ini telah dipengerusikan oleh Ybhg.Tuan Muhammad Mahazi b. Hj Ibrahim, Pegawai Daerah Kubang Pasu dengan kehadiran 48 orang ahli.
Bagi memantapkan pembangunan belia di Daerah Kubang Pasu, 2 pembentangan telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu iaitu Encik Zaharin bin Dato' Zahari yang membawa tajuk 'Halatuju Pelan Pembangunan Kubang Pasu 2035 Kepada Pembangunan Belia' manakala pembentang kedua dari Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (KEDA) yg membawa tajuk 'Memperkasakan Ekonomi dan Keusahawan Belia' yang disampaikan oleh Encik Mohd Ramlan bin Jaafar.
Beberapa usul telah dibahaskan oleh Majlis Belia Daerah Kubang Pasu dengan mengenengahkn kategori isu EKonomi , Infrastuktur, Pembangunan Belia, Sosial dan pendidikan akan diangkat bincang di peringkat negeri nanti.
Sintok, 9 Jun 2024 - Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSD Kubang Pasu, Encik Mohd Azizi Bin Rashid telah meluangkan masa mengadakan lawatan tapak pertandingan serta perbincangan berkenaan Liga Sukan Komuniti (LSK) Acara Ping Pong yang dijadualkan berlangsung pada 29 Jun 2024 nanti.
Perbincangan tersebut telah diadakan bersama pegawai teknikal serta pegawai Unit Sukan Universiti Utara Malaysia.
Alor Setar, 1 Jun 2024 - Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Saudara Mohammad Ariff Bin Badruddin dari Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Kubang Pasu yang juga merupakan Exco Majlis Belia Daerah Kubang Pasu di atas kejayaan mendapat tempat ketiga Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2024. Beliau juga telah menjadi sukarelawan bagi PBSD Kubang Pasu sejak sekian lama.
Pihak pentadbiran PBSD Kubang Pasu sekali lagi mengucapkan tahniah dan semoga dengan kejayaan ini akan menaikkan lagi semangat untuk terus berbakti di lapangan belia demi agama, bangsa dan negara.