- JBS Kedah
- Hits: 146
PERBINCANGAN BERSAMA PRESIDEN PERSATUAN TENPIN BOWLING DAERAH KULIM BERSAMA PBSD KULIM
9 Jun 2024, KULIM – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim telah menerima kunjungan daripada Encik Mohd Nizam bin Md Zin, Presiden Persatuan Tenpin Boling Daerah Kulim (PERTEK). Kunjungan ini telah disambut oleh En Mohd Zaidi bin Zakariya, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kulim dan beberapa perkara telah dibincangkan iaitu jalinan kerjasama untuk program bakat murid yang akan memberi manfaat kepada murid terpilih yang berbakat dalam sukan boling.
Di kesempatan ini juga, Pegawai Belia dan Sukan daerah telah memberi sedikit taklimat ringkas berkaitan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan turut membincangkan perlaksanaan Kejohanan Bowling sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kulim 2024 yang akan dianjurkan oleh PERTEK.
Semoga dengan kerjasama ini dapat memberi peluang yang lebih luas kepada peminat sukan Tenpin Boling di dalam Daerah Kulim.
Semoga dengan kerjasama ini dapat memberi peluang yang lebih luas kepada peminat sukan Tenpin Boling di dalam Daerah Kulim.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md. Najib (PBSD Kulim)
- JBS Kedah
- Hits: 146
