YAN, 7 MEI 2024 - Telah berlangsung Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Yan bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Yan. Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Pn. Maznim bt Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Yan.
Ahli majlis terdiri daripada Pn. Asnatul Adha bt Ahmad Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, En. Mohd Hafiz b. Hj. Abu Hassan Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Yan, barisan Exco MBD Yan dan wakil-wakil agensi yang berkaitan. Cik Nik Noor Azlihan bt Nik Jamaludin hadir mewakili pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Pembentangan Kertas Kerja - 'Peluang Keusahawanan Untuk Golongan B40' telah dibuat oleh wakil NCER Negeri Kedah. Beberapa usul juga telah dibentang oleh Exco MBD Yan merangkumi pelbagai aspek seperti Ekonomi & Keusahawanan, Pembangunan Infrastruktur dan Pembangunan Sumber Manusia.
Pihak jabatan merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Daerah Yan di atas sokongan serta penglibatan yang sangat positif. Tahniah kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan dan MBD Yan di atas kejayaan penganjuran MPBN kali ini.
Semoga segala maklum balas dan info daripada persidangan ini dapat disampaikan dan dimanfaatkan oleh belia di peringkat akar umbi.
#MPBN
#JBSNBersama
#JBSKedah
- JBS Kedah
- Hits: 98
