- JBS Kedah
- Hits: 121
LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) TAHUN 2024 PING PONG BERGU CAMPURAN DAERAH PADANG TERAP
PADANG TERAP KEDAH, 01 JULAI 2024 – Pertandingan Liga Sukan Komuniti (LSK) Tahun 2024 Peringkat Daerah Padang Terap bagi acara Ping Pong Bergu Campuran telahpun diadakan dengan jayanya pada 29 Jun 2024 (Sabtu) bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Sebanyak 10 pasukan Ping Pong Bergu Campuran telah mengambil bahagian dari seluruh Daerah Padang Terap. Johan telahpun dimenangi oleh pasukan Kelab Padang Terap D, naib johan Kelab Padang Terap A, tempat ke-3 Padang Terap C dan tempat ke-4 Padang Terap B.
Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Muhammad Sallehuddin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Hadir bersama Ust. Ismail Bin Ahmad, Pengerusi Teknik Ping Pong Daerah Padang Terap dan En. Johardi Bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Sukan) Daerah Padang Terap
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 121
