PADANG TERAP KEDAH, 03 JULAI 2024 – Perbincangan berkaitan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) persatuan sukan larian iaitu Kuala Nerang Running Club (KNRC) telah pun diadakan pada 02 Julai 2024 (SeIasa) bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Selain itu, dalam pebincangan ini dibincangkan juga berkaitan program FitMalaysia/Fit Komuniti@Daerah Padang Terap untuk siri 2 iaitu Long Slow Distance (LSD) yang bakal diadakan pada 13 Julai 2024 (Sabtu) di sekitar Kuala Nerang.
Dalam perjumpaan ini, perbincangan antara En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap bersama En. Mohd Zamri bin Abdulah, Pengerusi Kuala Nerang Running Club (KNRC) dan barisan Ahli Jawatankuasa Kelab sukan berkenaan.
Turut bersama En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Sukan) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 136
