- JBS Kedah
- Hits: 175
WAKIL PBSD PADANG TERAP HADIR KE BENGKEL PROFESIONALISME KERJA BELIA SKM-PPT SIRI 7 (ZON UTARA)
PULAU LANGKAWI KEDAH, 15 JULAI 2024 – Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 7 (Zon Utara) telahpun diadakan pada 11 hingga 13 Julai 2024 yang lalu bertempat di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.
Bengkel ini anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menghimpunkan seramai 40 orang pegawai yang terdiri daripada pegawai KBS di negeri utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Jurulatih APBMPD.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi membolehkan pekerja belia untuk memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan seterusnya melatih mereka untuk memahami Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi bidang Profesionalisme Kerja Belia.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah dihadiri oleh En. Mohamad Hasni bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 175
