BANDAR BAHARU – 09 JUN 2024 – Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ahnaf Taufiq Suhaimi wakil daripada Badan Operasi (BO) Persatuan Belia Melayu Aktif yang telah berjaya ditauliahkan sebagai Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) hari ini.
Beliau berjaya ditauliahkan setelah selesai menghadiri Kursus Pemimpin ARPRM Peringkat Zon Tengah pada 7- 9 Jun 2024 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.Majlis Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Yg. Bhg Tuan Nizam Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 11 JUN 2024 – Lawatan dari Timbalan Pengarah Sukan, En Hanafi Rahman dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah ke Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu pada 11 Jun 2024 (Selasa) pada jam 11.00 pagi telah disambut oleh Pengurus Kompleks iaitu En Shamsul Qamar bin Shamsuddin.
Lawatan dibuat untuk memantau keadaan kompleks sekaligus melihat gelanggang futsal berbumbung yang baru siap dibina pada 30 Mac 2024 tempoh hari sebelum memulakan operasi sewaan kepada pengunjung untuk aktiviti sukan futsal. En. Shamsul Qamar bin Shamsuddin turut memberi penerangan terperinci berkaitan permohonan penyelenggaraan berskala besar dan kecil yang telah dibuat bagi menambah baik kompleks sukan ini agar dapat memberi keselesaan kepada pengunjung yang membuat sewaan terutamanya.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
SIK KEDAH, 10 JUN 2024 – Pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Padang Terap Tahun 2024 telahpun diadakan pada 09 Jun 2024 (Ahad) bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Sik, Kedah Darul Aman.
Antara objektif Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) ini diadakan adalah membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia pada semua peringkat serta memperkukuhkan hubungan serta jaringan kerjasama antara pemimpin pertubuhan belia dengan pihak Kerajaan dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang dinamik dan berdaya saing.
Majlis ini telah dipengerusikan oleh Ybrs. Tuan Faisal Rizal Bin Mohammad, Pegawai Daerah Sik merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Daerah Sik. Hadir sama Ketua-Ketua Jabatan yang telah dilantik dalam Daerah Sik yang berkaitan dengan kerja belia serta Majlis Belia Daerah Sik.Pembentangan kertas kerja oleh Pengurus Pejabat NCIA Negeri Kedah, Encik Zairemy bin Mohd Yunus yang bertajuk “Memperkasakan Ekonomi Belia Wilayah Utara”.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik telah dihadiri oleh En. Zailan bin Daud, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, En. Fahmi bin Mohd Razdi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, Puan Siti Moktaroh binti Mokhtar, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Sik (Unit Rakan Muda) dan En. Mohamad Alia Hanis bin Rosmadi,Pembantu Belia dan Sukan Daerah Sik (Unit Sukan) dan Puan Maziliana binti Mohd Zahir, Pembantu Perkeranian dan Operasi daerah Sik.
Setinggi – tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah hadir dan menjayakan majlis perundingan tersebut.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
#pbsdSik
Disediakan oleh : Siti Moktaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
SIK,10 Jun - Pasukan Bola Tampar (Wanita) Kampung Begia telah menjadi Johan bagi Pertandingan Bola Tampar (Wanita) LSK Peringkat Daerah Sik 2024 yang telah diadakan pada 8 Jun 2024 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna Begia Sik . Johan dimenangi oleh (Pasukan Kampung Begia), Naib Johan (Pasukan Sempoi),tempat ke-3 (Pasukan Green Bee) dan tempat ke-4 (Pasukan Megathrone).
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Fahmi bin Mohd Razdi, Penolong Pegawai Belia daerah Sik. Tahniah kepada pemenang dan tahniah juga kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Terima kasih diucapkan kepada team teknikal yang terlibat dalam menjayakan kejohanan pada kali ini.
Disediakan oleh : Siti Moktaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
PADANG TERAP KEDAH, 10 JUN 2024 – Perbincangan berkaitan permohonan penggunaan dewan sekolah untuk program Liga Sukan Komuniti (LSK) Tahun 2024 bagi acara ping-pong campuran berpasukan Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 09 Jun 2024 (Ahad) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Perbincangan ini adalah untuk membincangkan tarikh pelaksanaan dan pemilihan tempat pertandingan untuk acara ping-pong campuran berpasukan untuk program Liga Sukan Komuniti Tahun 2024 Peringkat Daerah Padang Terap.
Perbincangan bersama ini antara En. Mohamad Sallehudin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap bersama En. Mohd Nasir, Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang. Hadir bersama, En. Johardi Bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Sukan) Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
BANDAR BAHARU – 08 JUN 2024 – Pertandingan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Bandar Baharu bagi acara bola tampar wanita telahpun diadakan dengan jayanya pada 08 Jun 2024 (Sabtu) bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu bermula jam 8.30 pagi.
Sebanyak 15 pasukan bola tampar wanita telah mengambil bahagian dari seluruh Daerah Bandar Baharu. Johan dimenangi oleh pasukan Serdang VB, naib johan pasukan DLP A, tempat ke-3 pasukan Perkep BN 2 dan tempat ke-4 pasukan Sungkap 4.
Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Shamsul Qamar bin Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
PADANG TERAP KEDAH, 09 JUN 2024 – Pertandingan Liga Sukan Komuniti (LSK) Tahun 2024 Peringkat Daerah Padang Terap bagi acara bola tampar wanita telahpun diadakan dengan jayanya pada 08 Jun 2024 (Sabtu) bertempat di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Sebanyak 09 pasukan bola tampar wanita telah mengambil bahagian dari seluruh Daerah Padang Terap. Johan telahpun dimenangi oleh pasukan MBFM, naib johan BBS VC, tempat ke-3 SMKDSA A dan tempat ke-4 SMKDSA B.
Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Muhammad Sallehuddin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Hadir bersama, En. Mohd Aliff Shamimy Bin Abd Razak, Pengerusi Penaja Kelab Bola Tampar Felda Lubuk Merbau dan En. Azizol Bin Ibrahim, Pengerusi MBFM Felda Lubuk Merbau.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 09 JUN 2024 – Pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Tahun 2024 Peringkat Desa KEDA Padang Terap telahpun diadakan pada 07 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di Desa Keda Bendang Tok Teri, Naka, Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Program anjuran Pejabat Pembangunan KEDA Zon 2, Padang Terap dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Padang Terap dan 4P Desa Keda Bendang Tok Teri, Naka telah menarik perhatian lebih 100 orang peserta menghadiri Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Tahun 2024 Peringkat Desa KEDA Daerah Padang Terap.
Antara acara yang diadakan adalah seperti pertandingan futsal lelaki dan pertandingan E-Sport Mobile Legend.
Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Ammar Salimi Bin Abdul Kadir, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Padang Terap. Hadir bersama En. Mohd Sallehudin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap. Turut hadir, Encik Rashid Bin Awang, Pengerusi 4P Desa Keda Bendang Tok Teri dan En. Maswari Bin Radzi, wakil Pejabat Pembangunan KEDA Zon 2, Padang Terap.
#HariBeliaNegara
#YakinBoleh
#JBSNBersama
#JBSNKedah
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
BANDAR BAHARU – 06 JUN 2024 – Majlis Kesyukuran telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu bagi meraikan Ujian Kenaikan Bengkung Gelanggang Silat Semerah Padi PSSPGM bagi tahun 2024 pada 06 Jun 2024 (Khamis) pada jam 9.00 malam.
Majlis dirasmikan oleh YB Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan bin Hashim. Turut hadir, Pengerusi PSSPGM Cawangan Nibong Tebal, Ts Dr Muhammad Roslan bin Rahim, Setiausaha PSSPGM Cawangan Nibong Tebal, En. Rasyidi bin Rahman, Imam Masjid Air Puteh, Ustaz Muhammad Fauzi bin Hj Said. Manakala wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu iaitu Puan Nur Adila bt Mohamad telah dijemput ke majlis tersebut.
Majlis diserikan dengan persembahan silat dari peserta seawal usia 5 tahun hingga dewasa. Majlis penyerahan sijil kepada semua peserta telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Roslan bin Hashim dan Puan Nur Adila binti Mohamad.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)