LANGKAWI, KEDAH – 23 JUN 2024, Klinik Bola Sepak Bakat Muda & Program Jiwa Komuniti MADANI Kelibang, Dun Kuah telah diadakan pada 14 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di Padang Sintetik Kampung Kumpulan, Langkawi.
Progrma anjuran JPKKKP Kawasan Bukit Tekoh dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Pejabat Penerangan Daerah Langkawi merupakan kerjasama strategik antara Kementerian yang turut mendapat sokongan dan kerjasama agensi di Daerah Langkawi.
Program dirasmikan oleh Setiausaha Sulit Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan turut hadir Team NFDP yang diketuai oleh lagenda Bola Sepak Negara, Datuk Richard Scully selaku Ketua Teknikal NFDP dan Jurulatih Encik Fauzi Nan selaku Ketua Jurulatih NFDP Kedah. Penyertaan hamper 140 orang peserta yang terlibat .
Turut hadir bersama Encik Mohd Ferdaus Bin Osman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 87
