Semoga Hari Raya Aidil Adha kali ini membawa keberkatan, kedamaian, dan kebahagiaan kepada kita semua. Mari kita hayati semangat pengorbanan dan kesyukuran dalam menyambut hari yang mulia ini.
Selamat menunaikan ibadah korban dan bermaafan di hari yang penuh bermakna ini. Salam Aidiladha!
Bukit Jalil, 10 Jun 2024 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Para SUKMA Bilangan 6 Tahun 2024 bertempat di Dewan Banquet MSN
Mesyuarat membincangkan berkaitan pemakluman Laporan Jawatankuasa Khas Teknikal dan Laporan Pengelolaan Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024.
Turut hadir Puan Noor Azma Binti Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Puan Juliana Bin Jusoh, Pegawai Pembangunan Sukan OKU Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
15 June 2024, Sungai Petani - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Program Akreditasi Renang dan Keselamatan di Air. Program ini dianjurkan oleh oleh SP Aquatic Club dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
Bermula semalam, 405 peserta telah diakreditasi bagi mendapat sijil penyertaan kemahiran renang tahap 1. Sesi demontrasi renang juga diadakan dan peserta demonstrasi diwakili oleh peserta daripada Program KLAS Renang Negeri Kedah Daerah Kuala Muda (Kanak-kanak dan Remaja OKU) dan Kubang Pasu (Kanak-kanak Kategori B40) yg digerakkan sendiri oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
Turut hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Tuan Haji Muhammad Radhi Bin Haji Mat Din, Puan Azma Binti Deris, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Hanaffi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Sukan JBS Kedah, Puan Salwa Binti Senawi,Penolong Pengarah Rakan Muda JBS Kedah dan Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.
11 Jun 2024, Alor Setar - Tahniah Harimau Malaya diatas kejayaan menewaskan Chinese Taipei 3-1. Sekitar 420 orang pengunjung datang memberikan sokongan padu buat pasukan Malaysia.
Turut hadir memeriahkan tayangan skrin besar Encik Mohammad Suhaimi Md Saad, Timbalan Pengarah Belia, Encik Hanaffi A.Rahman, Timbalan Pengarah Sukan, Puan Salwa binti Senawi, Penolong Pengarah Rakan Muda dan wakil media.
BANDAR BAHARU – 15 Jun 2024 – Telah berlangsungnya Program Jiwa Komuniti Madani Peringat Daerah Kulim Bandar Baharu pada 15 Jun 2024 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu dan telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.
Pelbagai aktiviti telah direncanakan seperti Sukan Rakyat, Jualan Rahmah dan Program Kesedaran oleh agensi-agensi Kerajaan seperti kaunter bergerak JPN, Program MEKAR JPN dan lain-lain lagi. Inisiatif ini merupakan program yang baik dalam menyampaikan maklumat yang sahih kepada rakyat dan penduduk setempat.
Seluruh warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu turut terlibat dalam menjayakan program ini selaku tuan rumah tempat berlangsungnya acara. Tahniah diucapkan kepada Pejabat Penerangan Daerah Kulim Bandar Baharu kerana telah berjaya melaksanakan program yang penuh gilang gemilang ini.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
LANGKAWI, KEDAH – 13 JUN 2024, Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah mengadakan perlawanan persahabatan bola jaring dengan pelajar pada 08 Jun 2024 di Gelanggang Outdoor, Sekoleh Menengah Kebangsaan Tunku Putra (SMTP).
Perlawanan persahabatan ini juga menzahirkan tanda sokongan moral kepada pihak sekolah dalam pembangunan sukan bagi pelajar-pelajar sekolah di Langkawi. Selain memberi pendedahan kepada pemain Puspanita itu sendiri.
Turut hadir bersama Nurulfitriah Binti Hj Drani, Pembantu Belia dan Sukan, selaku Ketua Biro Sukan & Rekreasi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 13 JUN 2024, Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah mengadakan perlawanan persahabatan siri 04 bagi sukan Bola Tampar 06 Jun 2024 yang lalu dan bertempat di Gelanggang Outdoor, Sekoleh Menengah Kebangsaan Tunku Putra (SMTP).
Perlawanan persahabatan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli puspanita @ pemain yang akan menyertai perlawanan Liga Sukan Komuniti (Bola Tampar) pada akhir bulan Jun nanti. Selain itu jalinan persahabatan dan mengeratkan ukhuwah semasa pemain dan pihak lawan turut terjalin.
Turut hadir bersama Nurulfitriah Binti Hj Drani, Pembantu Belia dan Sukan, selaku Ketua Biro Sukan & Rekreasi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)