BANDAR BAHARU, 15 Julai 2024 - Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu Bil. 04/2024 telah pun diadakan pada 15 Julai 2024 (Isnin) bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat membincangkan mengenai tatacara sapaan pelanggan di kaunter, profile pejabat yang lengkap dan terperinci, kakitangan perlu berpengetahuan asas berkaitan pejabat mahupun jabatan dan kementerian dan hal-hal lain.
En. Shamsul Qamar bin Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu selaku pengerusi mesyuarat juga turut menekankan perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua kakitangan antaranya jujur dan amanah dalam pekerjaan serta sentiasa mengemaskini portal pejabat setiap masa.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 146
