- JBS Kedah
- Hits: 90
??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
24 Jun 2024 KULIM – Karnival Kemeriahan Komuniti Kulim 2024 anjuran Majlis Perbandaran Daerah Kulim yang bermula 20 Jun sehingga 23 Jun 2024 telah melabuhkan tirainya dengan begitu meriah. Program selama empat hari ni telah diadakan di Taman Tasik Kulim, Kedah. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi menarik pengunjung di antaranya Fun Ride, Sepak Penalti, Street Soccer, Sepak Raga Tuju, Boling Buah Nyoq, Memanah, E-Sport, Pertandingan Upcycle, Pertandingan Badang Kedah, Persembahan Silat, Cabaran The Tarik dan Roti Canai, Kulim Berselawat, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Memasak, Pesta Buah – Buahan Tempatan, Pameran Agensi Kerajaan, Persembahan Kebudayaan dan Kempen Derma Darah.
Majlis Perasmian Karnival pada 24 Jun 2024 telah dirasmikan oleh YB Wong Chia Zhen, EXCO Sumber Manusia, Hal Ehwal China, India & Siam & NGO merangkap ADUN Kulim. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim turut menghantar wakil ke majlis perasmian tersebut iaitu En Mohd Hapis bin Mohd Shariff dan Puan Nazerah binti Md Najib.

Disediakan oleh : Nazerah Binti Md. Najib (PBSD Kulim)
- JBS Kedah
- Hits: 90