23 Mei 2024, Sik – Satu perbincangan telah diadakan diantara Encik. Mohammad Alia Hanis bin Rosmadi, Pegawai Unit Sukan bersama Cikgu Hamdi (Kaunselor Maktab Mahmud Sik),Cikgu Shahrul Anuar (Penolong Kanan Kokurikulum).Perbincangan berkaitan teknikal bagi acara Ping Pong Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Sik yang akan diadakan pada 29 Jun 2024 di Maktab Mahmud Sik.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
#pbsdSik
DISEDIAKAN OLEH : SITI MOKTAROH BIN MOKHTAR (PBSD SIK)
LANGKAWI, KEDAH – 26 MEI 2024, Majlis Bacaan Yassin Dan Doa selamat sempena dengan keberangkatan Puan Asnatul Adha Binti Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan ke tanah suci Mekah telah diadakan secara atas talian.
Majlis ini disertai oleh semua Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Semoga dipermudahkan segala urusan Puan Asnatul Adha Binti Ahmad serta Suami dan mendapat haji yang Mabmur.
Turut bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman dan Kakitangan PBSD yang lain.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 26 MEI 2024, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman mengiringi Encik Mohd Azli Bin Daud, Pengarah Bahagian Pemotoran,Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang turun memantau perlaksanaan RMC Asia Trophy Go-Kart 2024 bertempat di MORAC Langkawi pada 19 Mei 2024.
Sesi pemantauan kejohanan ini merupakan prosedur penganjuran kejohanan antarabangsa di bawah kelolaan pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 26 MEI 2024, Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah mengadakan perlawanan persahabatan bagi sukan Bola Tampar pada 22 Mei 2024 yang lalu dan bertempat di Gelanggang Outdoor, Kompleks Sukan Langkawi (KSL).
Perlawanan persahabatan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara ahli Puspanita Langkawi dengan pasukan lawan yang terdiri daripada guru-guru sekolah serta memberi pendedahan juga kepada pemain-pemain Puspanita didalam cara Bola Tampar ini.
Turut hadir bersama Nurulfitriah Binti Hj Drani, Pembantu Belia dan Sukan, selaku Ketua Biro Sukan & Rekreasi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 26 MEI 2024, Majis Perundingan Belia Negara (MPBD) Peringkat Daerah Langkawi tahun 2024 telah selesai dengan jayanya pada 23 Mei 2024 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah & Tanah Langkawi.
Seramai 43 Orang Ahli Majlis yang terdiri daripad Agensi, Ecxo Majlis Belia daerah dan Pertubuhan Belia dibawah gabungan Majlis Belia Daerah Langkawi yang hadir.
Majlis persidangan telah dipengerusikan oleh Ybrs. Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Daerah Langkawi. Dalam Majlis Perundingan Belia Daerah Langkawi NCER Negeri Kedah juga telah membentangkan Kertas Kerja bertajuk” Memperkasakan Usahawan Belia Wilayah Utara”
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah hadir dan menjayakan Majlis Perundingan Belia Daerah Langkawi tahun 2024 ini.
Turut hadir Bersama, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman serta dua orang Kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 26 Mei 2024, Liga Sukan Komuniti kembali lagi untuk tahun 2024 ini. Terdapat tiga acara yang dipertandingan , iaitu Sepak takraw, Ping Pong Berpasukan dan Bola Tampar Wanita kesemua acara ini akan dipertandingan didalam bulan Jun akan datang.
Hadiah lumayan menanti anda semua, ayuh dapatkan maklumat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 26 MEI 2024, Satu perbincangan PBSD Langkawi bersama Jawatankuasa M8 Eagle Pushbike Club telah diadakan pada 19 Mei 2024 bertempat di Bilik perbincangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi.
Perbincangan menjurus kepada perlaksanaan Pushbike Mini GP yang dijangka di laksanakan pada bulan julai 2024 nanti. PBSD Langkawi membantu dari segi Aspek tabdir Kelola dan penganjuran acara tersebut.
Turut hadir bersama, Encik Mohd Afif Afifi Bin Hashim, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Unit Pembangunan Sukan.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 26 MEI 2024, Seminar Literasi Undang-Undang; Hak-hak Wanita Dalam Islam anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah diadakan pada 19 Mei 2024 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah & Tanah Langkawi.
Penceramah jemputan bagi seminar ini ialah Tuan Syeikh Ahmad Tarmizi Bin Abd Hakim, BCK, Hakim Syarie, Mahkamah Renfah Syariah Langkawi. Program ini melibatkan seramai 114 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli PUSPANITA.
Turut hadir bersama dua kakitangan PBSD Langkawi iaitu Puan Nurul Fitriah Hj Drani dan Puan Dayang Ashrin yang merupakan ahli PUSPANITA.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 26 Mei 2024, Tahniah dan Syabas kepada Kelab Rakan Muda Pekan Kuah atas penganjuran Fun Run Rakan Muda X Bestuba 2024.
Program anjuran Bersama Pengurusan Bestuba itu telah dilaksanakan dengan jayanya. Ianya merupakan jalinan Program Bersama antara NGO Belia dan Komuniti Di Pulau Tuba.
Disamping acvara fub run diadakan juga acara sukaneka untuk kanak-kanak dan penduduk setempat yang mengadakan Kerjasama daripada Madrasah Tahfiz Tvet Hajah Rusnah-Mashiruna. Pelepasan acara fun run ini disempurnakan oleh Encik Mohd Azli Bin Daud, daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Pengerusi Bestuba, Mohd Fadzlan Bin Nor.
Turut hadir bersama, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman serta Penghulu Mukim Kuah.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)