SUNGAI PETANI – 29 MEI 2024 (RABU) – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda bersama Syarikat Corperate Hero Century Sdn Bhd akan menganjurkan program seperti tertera diatas pada 22 Jun 2024 bertempat di Taman Perumahan Bukit Bayan, Sungai Petani yang akan disertai oleh pelari dijangka seramai 1000 orang peserta terlibat dalam 2 kategori iaitu 5KM dan 10KM.
Sehubungan itu, telah diadakan satu mesyuarat berkaitan hal tersebut, Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang telah berlangsung pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.
Acara ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada peserta untuk menjadi wira kehidupan mereka sendiri. Sama ada anda pelari berpengalaman atau baru bermula, Hero Run menawarkan peluang yang baik untuk mencabar diri sendiri dan menikmati persekitaran Bukit Banyan yang indah.
Disediakan oleh : Ridzuan bin Hj Ali, PBSD Kuala Muda
- JBS Kedah
- Hits: 144
