- JBS Kedah
- Hits: 87
KUNJUNGAN KELAB OLAHRAGA KAKI MARATHON KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KUALA MUDA
KUALA MUDA, SUNGAI PETANI, 21 MEI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda menerima kunjungan daripada Kelab Olahraga Kaki Marathon, yang diketuai oleh En Nor Azman Bin Abdul Kadir. Tujuan kunjungan mereka di Pejabat Belia dan Sukan adalah untuk mendapatkan info dan rujukan serta kerjasama berkenaan penganjuran acara Hero Run 2024 di Daerah Kuala Muda. Kehadiran beliau telah disambut oleh En. Kamarol Azlan bin Abdull Hamid selaku Pegawai Belia dan Sukan dan telah memberikan penerangan dan maklumat tersebut kepada beliau. Turut bersama En. Rusydan Bin Abdullah Pegawai Unit Sukan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.
Disediakan oleh : En. Mohd Rusydan Bin Abdullah (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda)
- JBS Kedah
- Hits: 87
