SUNGAI PETANI, 15 MEI 2024 (RABU) – Telah berlangsungnya Program Semarak Hari Belia Negara Tahun 2024 Peringkat Daerah Kuala Muda, yang telah diadakan pada 15 Mei 2024 bertempat di Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah.
Antara pengisian aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Pertandingan Make up pengantin, Make up kesan khas, Ukiran buah, Taklimat daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sungai Petani, Taklimat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Ceramah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bacaan Ikrar yang telah diketuai oleh Encik Mohamad Khairoll Bin Yussof daripada Majlis Belia Daerah Kuala Muda. Agensi yang terlibat dalam program tersebut adalah Kolej Komuniti Sungai Petani, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sungai Petani, Kementerian Kesihatan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Turut bersama juga dalam program tersebut Majlis Belia Daerah Kuala Muda, Belia 4B, ABIM Kuala Muda dan Kelab Rakan Muda Sungai Petani.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Komuniti SungaiPetani iaitu Tuan Haji Mohd Yusaini Bin Mohamed Ali dan turut bersama juga Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda, Encik Kamarol Azlan Bin Abdull Hamid serta Encik Ahmad Kamaruizaman Bin Jamaludin merupakan Pegawai Pemantau daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.
Disediakan oleh : Puan Siti Fairus Binti Md Isa (Pegawai Unit Belia PBSD Kuala Muda)
- JBS Kedah
- Hits: 142
