- JBS Kedah
- Hits: 117
PESERTA DAERAH PADANG TERAP TERLIBAT DALAM PROGRAM EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI KEDAH
BALING KEDAH, 12 MEI 2024 – Program Eksplorasi Alam Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 10 dan 11 Mei 2024 yang lalu bertempat di Daerah Baling, Kedah Darul Aman.
Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada peserta Daerah Padang Terap terlibat dalam menjayakan program ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti abseiling, kayak di Sungai Ketil sejauh 5km dan mendaki Gunung Baling.
Program ini anjuran Unit Pembangunan Sukan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap serta Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad.
En. Mohd Sallehudin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Mohamad Hasni Bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hadir ke program ini. Turut serta bersama, En. Mohd Shafizan Bin Bakar, Pegawai Unit Pembangunan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 117
