LANGKAWI, KEDAH – 26 MEI 2024, Kursus Pengenalan Canva Editing Skill secara atas talian melibatkan Pegawai Penyelaras Sosial Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah diadakan pada 06 Mei 2024. Kursus ini bertujuan untuk memberikan kemahiran dalam penyediaan bahan promosi perlaksanaan program berkaitan.
Turut hadir Bersama dalam kursus tersebut adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang memantau perjalanan kursus.
Setiap Daerah diberikan tugasan untuk menghasilkan karya ciptaan promosi program dalam kursus tersebut yang telah dibuat penilaian oleh Puan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman Bersama Puan Nurul Fitriah Binti Hj Drani, Pembantu Belia dan Sukan Unit Rakan Muda.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 122
