SIK, 14 MEI 2024 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, En.Zailan bin Daud dan En.Mohmamad Alia Hanis bin Rosmadi, Pegawai Unit Sukan Daerah Sik mengadakan satu perjumpaan bersama En.Yusop, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sik bagi membincangkan pelaksanaan program sukan bersama warga emas.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
#pbsdSik
Disediakan oleh : Siti Mohtaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
13 MEI 2024, Sik– En.Zailan bin Daud , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik bersama kepimpinan Majlis Belia Daerah Sik berkunjung hormat ke atas Tuan Pegawai Daerah Sik, Tuan Faisal Rizal Bin Mohammad bagi membincangkan pelaksanaan Program Majlis Perundingan Belia Peringkat Daerah Sik.
Hasil dari perbincangan, Tuan Pegawai Daerah bersetuju menetapkan tarikh 9 Jun 2024 untuk pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Peringkat Daerah Sik 2024 yang akan diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Sik. En.Zailan bin Daud, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik turut menyampaikan Watikah Pelantikan kepada Tuan Pegawai Daerah sebagai Pengerusi Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara bagi peringkat Daerah Sik.
Turut hadir bersama En.Fahmi bin Mohd Razdi, Pegawai Unit Belia Daerah Sik, En.Rozaidi, Pengerusi Majlis Belia dan saudara Izham,Setiausaha Majlis Belia Daerah Sik.
Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai Daerah Sik, Tuan Faisal Rizal Bin Mohammad, Pegawai Daerah Sik di atas layanan mesra sepanjang majlis kunjung hormat ini diadakan
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
#pbsdSik
Disediakan oleh : Siti Mohtaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
BANDAR BAHARU – 13 MEI 2024 – Perjumpaan dengan Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu, En Zulfadzrin bin Noor Din telah diadakan pada 13 Mei 2024 (Isnin) jam 3.30 petang di Pejabat Daerah Bandar Baharu oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, En Shamsul Qamar bin Shamsuddin dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Puan Nur Adila binti Mohamad untuk memberi perbentangan akhir sempena Program Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu pada 19 Mei 2024 nanti.
Program yang akan diadakan di Serdang Lake View Resort itu akan bermula pada jam 8.30 pagi dan dihadiri seramai 50 ahli persidangan yang telah dilantik. Ahli persidangan terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan badan NGO.
Disediakan oleh :Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 13 MEI 2024 – Persiapan bagi Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu telah dilakukan oleh kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu bersama sukarelawan pejabat. Program yang akan berlangsung pada 15 Mei 2024 itu akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang.
Disediakan oleh :Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 13 MEI 2024 – Perjumpaan dengan Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor bin Ismail telah diadakan pada 13 Mei 2024 (Isnin) jam 2.30 petang di Pejabat Daerah Bandar Baharu oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, En Shamsul Qamar bin Shamsuddin dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Puan Nur Adila binti Mohamad untuk memberi perbentangan akhir sempena Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu pada 15 Mei 2024 nanti.
Program yang akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang itu akan bermula pada jam 8.00 pagi dan pelbagai acara akan dijalankan. Antaranya Bacaan Ikrar Belia, Senamrobik, Pertandingan Futsal Berkain Pelikat dan Pertandingan Bola Jaring Bola Takraw. Program ini akan dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
11 MEI 2024, Seremban – En. Zailan bin Daud, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Sik telah menghadiri Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Bersama Pegawai Pengesah Luaran yang diadakan di APBMPD,Aras 2 KOMBES Negeri Sembilan.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
#pbsdSik
Disediakan oleh : Siti Mohtaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
PADANG TERAP KEDAH, 12 MEI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah hadir memenuhi undangan jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka yang diadakan pada 09 Mei 2024 (Khamis) bertempat di Dewan Gemilang, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
En. Johardi Bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap bagi meraikan undangan jemputan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka dalam usaha menjalinkan jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi kerajaan ini.
#teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
BALING KEDAH, 12 MEI 2024 – Program Eksplorasi Alam Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 10 dan 11 Mei 2024 yang lalu bertempat di Daerah Baling, Kedah Darul Aman.
Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada peserta Daerah Padang Terap terlibat dalam menjayakan program ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti abseiling, kayak di Sungai Ketil sejauh 5km dan mendaki Gunung Baling.
Program ini anjuran Unit Pembangunan Sukan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap serta Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad.
En. Mohd Sallehudin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Mohamad Hasni Bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hadir ke program ini. Turut serta bersama, En. Mohd Shafizan Bin Bakar, Pegawai Unit Pembangunan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
#teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)