- JBS Kedah
- Hits: 85
PBSD PADANG TERAP HADIR KE MESYUARAT PENGURUSAN BILANGAN 03/2024 DAN BENGKEL PENYELARASAN TAKWIM PROGRAM JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
BALING KEDAH, 12 MEI 2024 – Pegawai dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah hadir ke Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Bil. 3/2024 yang diadakan pada 08 Mei 2024 (Rabu) bertempat di Kompleks Rakan Muda (KRM) Baling.
Pembentangan isu serta penyelarasan takwim program telah dibuat mengikut bahagian iaitu Pentadbiran & Kewangan, Pembangunan Belia, Rakan Muda, Sukan dan juga pembentangan pelaporan daripada semua daerah.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Puan Noor Azma bt Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah dihadiri oleh En. Sallehudin Bin Abd Rahman. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang tTerap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 85
