JITRA, 18 April 2024 - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kubang Pasu telah berkolaborasi dengan SKUAD Antidadah Daerah Kubang Pasu dalam menganjurkan "Program Bersama Belia". Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, terutamanya belia, mengenai bahaya dadah dan pentingnya menjalani gaya hidup sihat.
Selain daripada pendakian, program ini juga mengandungi aktiviti bacaan ikrar antidadah yang bertujuan untuk memperkuat komitmen peserta dalam menentang penggunaan dadah. Kuiz antidadah juga telah diadakan untuk menguji pengetahuan peserta mengenai bahaya dadah dan cara-cara pencegahannya.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan peserta dari pelbagai latar belakang. Antara peserta yang turut serta adalah dari Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu, SKUAD Antidadah Kubang Pasu, COMBI Kubang Pasu, serta komuniti berdekatan.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu, Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir, turut hadir untuk menyokong dan memeriahkan program ini. Beliau memberikan ucapan dan dorongan kepada semua peserta untuk terus mempromosikan kesedaran antidadah dalam masyarakat. Turut hadir, Puan Husaini Hussain dari Unit Pembangunan Belia PBSD Kubang Pasu.
Dengan kejayaan program ini, diharapkan dapat membangkitkan semangat dan kesedaran antidadah dalam kalangan belia dan masyarakat Kubang Pasu secara keseluruhan. Program seperti ini adalah langkah positif dalam usaha mencegah dan mengurangkan masalah dadah di kalangan generasi muda.
Disediakan oleh : Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu
- JBS Kedah
- Hits: 110
