- JBS Kedah
- Hits: 85
SESI PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN BERKAITAN DENGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PEJABAT DAN KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
24 April 2024, Alor Setar - Berlangsung sesi pembentangan dan perbincangan tersebut bagi membincangkan kerja-kerja penyelenggaraan Pejabat Belia dan Sukan dan Kompleks Belia dan Sukan bagi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Bagi Daerah Kulim, Mesyuarat dihadiri oleh En Zaidi Bin Zakariya. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs Pn Noor Azma Bt Deris, Pengarah JBSN Kedah. Tujuan sesi pembentangan ini adalah bagi menyelaras dan membentangkan kerja-kerja pembaikan kecil yang dicadangkan untuk diselenggara bagi mengoptimumkan keselesaan ruang pengoperasian pejabat. YBrs Puan Pengarah menekankan agar semua PBSD mematuhi spesifikasi yang telah dibuat berdasarkan peruntukan yang telah diterima.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH PBSD KULIM
- JBS Kedah
- Hits: 85
