- JBS Kedah
- Hits: 89
TAKLIMAT PELAKSANAAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) TAHUN 2024 PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP
PADANG TERAP KEDAH, 29 April 2024 – Taklimat berkaitan pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Padang Terap Tahun 2024 telahpun diadakan pada 29 April 2024 (Isnin) bertempat di Pejabat Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Ybhg. Tn. Azmin Bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap sudi menerima kehadiran kakitangan Pejabat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap bersama 4 Jawatankuasa Tertinggi Majlis Belia Daerah (MBD) Padang Terap.
Dibincangkan juga cadangan tarikh pelaksanaan MPBN Peringkat Daerah Padang Terap serta jumlah keahlian bagi pelaksanaan program ini.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah dihadiri oleh En. Wan Syahrin Bin Ali, Pemangku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Mohamad Hasni Bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda) Daerah Padang Terap.
Majlis Belia Daerah (MBD) Padang Terap telah dihadiri oleh En. Muhamad Jasnizam Bin Muhamad Husni, Pengerusi MBD Padang Terap, En. Ammar Salimi Bin Abdul Kadir, Timbalan Pengerusi MBD Padang Terap, Pn. Norazwin Hanim Binti Abdul Hamid, Setiausaha MBD Padang Terap dan Pn. Nor Azimah Binti Azhar, Penolong Setiausaha, MBD Padang Terap.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 89
