SIK, 7 April 2024 – Satu sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat KEDA Zon 4 bersama pengurus KEDA beserta kakitangan yang turut sama terlibat dalam perbincangan tersebut.
Pegawai Unit Bahagian Belia Daerah Sik, En.Fahmi bin Mohd Razdi merancang untuk memilih KEDA sebagai rakan stratergik dalam melaksanakan program tersebut. Pelaksanaan ini juga melibatkan Kolej KEDA Sik sebagai tempat pelaksanaan program HBN peringkat daerah Sik 2024.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#pbsdSik
Disediakan oleh : Siti Moktaroh binti Mokhtar (PBSD Sik)
SIK, 3 April 2024 – En. Fahmi bin Mohd Razdi , Pegawai Unit Bahagian Belia telah membuat satu perjumpaan bersama Pengerusi ABIM Sik bagi membincangkan perancangan pelaksanaan program unit belia yang akan dilaksanakan.
Dalam perbincangan tersebut, En.Fahmi juga mengingatkan Saudari pengerusi untuk menghantar MYKD bagi tahun 2024 kepada Pejabat Pertubuhan Belia bagi memastikan Persatuan/Kelab ABIM kekak aktif sebagai persatuan berdaftar.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#pbsdSik
Disediakan oleh : Siti Moktaroh binti Mokhtar (PBSD Sik)
SIK, 3 April 2024 – En. Mohammad Alia Hanis bin Rosmadi , Pegawai Unit Bahagian Sukan membantu saudara Farid membuat semakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk penubuhan kelab baharu mengikut garis panduan yang telah diberikan.
Objektif penubuhan kelab tersebut bagi tujuan pembangunan bola sepak diperingkat akar umbi di daerah Sik.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#pbsdSik
Disediakan oleh : Siti Moktaroh binti Mokhtar (PBSD Sik)
07.04.2024, Kuah - Satu mesyuarat penyelarasan Program Majlis Perundingan Belia Daerah (MPBN) & Program Semarak Hari Belia@ Langkawi tahun 2024 bersama Majlis Belia Daerah Langkawi telah di adakan pada 06 April 2024 dan bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi.
Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan pengurusan dan pentadbiran pelaksanaan kedua-dua program tersebut yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mei 2024 .
Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman. Turut hadir bersama Puan Nurul Fitriah Hj Drani, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Langkawi.
# TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BINTI HJ DRANI(PBSD Langkawi)
07.04.2024, Kuah - Sesi penyerahan Sijil Penyertaan dan Penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada Maktab Mahmud Langkawi yang di wakili oleh Ustaz Rasidi Bin Saad pada 04 April 2024 di perkarangan Maktab Mahmud Langkawi di atas kerjasama yang di berikan dalam perlaksanaan Program Rakan Muda Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Langkawi tahun 2024.
Ustaz Rasidi Bin Saad juga sebagai Pembimbing Program Rakan Muda Tadarus Al-Quran yang melibatkan penyertaan seramai 20 orang peserta yang bermula pada 18 hingga 27 Mac 2024 di Masjid Al-Qadem Ulu Melaka.
Maktab Mahmud Juga menghantar 4 orang peserta mewakili Daerah Langkawi ke pertandingan Azan & hafazan , sempena dengan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kedah 2024 yang telah diadakan di Masjid An -Nur , Pokok Sena. Adek Muhammad Aiman Amsyar Bin Muhammad Hafiz telah memenangi Pertandingan Azan tempat pertama.
Sijil di sampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman.
# TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BINTI HJ DRANI(PBSD Langkawi)
07.04.2024, Kuah - Sesi penyerahan Sijil Penyertaan dan Penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada Langkawi Tourism Academy @LTA yang di wakili oleh Ustaz Zakaria B. Noh pada 04 April 2024 di perkarangan Langkawi Tourism Academy di atas kerjasama yang di berikan dalam perlaksanaan Program Rakan Muda Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Langkawi tahun 2024.
Ustaz Zakaria Bin Noh sebagai Pembimbing Program Rakan Muda Tadarus Al- Quran yang melibatkan penyertaan seramai 20 orang peserta yang bermula pada 18 hingga 27 Mac 2024 di Surau Al Raudah, Langkawi Tourism Academy (LTA).
Sijil di sampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman.
# TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BINTI HJ DRANI(PBSD Langkawi)
07.4.2024, Alor Setar - Sesi taklimat Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah & Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) Peringkat Negeri Kedah tahun 2024 telah diadakan pada 01 April 2024 bertempat di Dewan Reflesia, Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Alor Setar.
Taklimat ini juga dihadiri oleh pihak Majlis Belia Daerah Langkawi (MBD) yang juga akan menjadi Rakan Strategik Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam perlaksanaan program akan datang.
Hadir bersama ke sesi taklimat tersebut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman.
# TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BINTI HJ DRANI (PBSD Langkawi)
SIK – 2 April – Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rakan Strategik (JPRS) telah diadakan pada 02 April 2024 pada jam 2.00 petang bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik. Kesemua pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik telah hadir sebagai ahli jawatankuasa pemilihan.
En Zailan bin Daud selaku pengerusi telah mempengerusikan mesyuarat tersebut bagi mencapai kata putus dalam pemilihan rakan strategik bagi program Majlis Persidangan Belia Negara Peringkat Daerah Sik. Pemilihan dibuat berdasarkan jumlah pemarkahan tertinggi yang dicapai mengikut elemen dan kriteria yang telah ditetapkan.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#pbsdSik
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik