PBSD KULIM, 3 April 2024 – En Azlan Bin Md Desa (Pengerusi MBD Kulim) telah mengunjungi PBSD Kulim. Sesi pertemuan bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim, En. Mohd Zaidi Bin Zakariya dan En. Mohd Hapis Bin Mohd Shariff selaku Pegawai Unit Pembangunan Belia menyantuni kunjungan ini yang bertujuan untuk selaraskan kerjasama strategik dalam pelaksanaan program pembangunan belia pada tahun 2024. Penerangan berkenaan geran padanan sukan kementerian belia dan sukan (GPS KBS) bertujuan untuk memberikan bantuan berbentuk geran padanan bagi penganjuran program sukan persatuan dan dana sukan komuniti kementerian belia dan sukan bagi penganjuran program sukan di peringkat komuniti negeri, daerah, parlimen, dun, kampung dan seumpamanya sehingga 31 Oktober 2024.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH PBSD KULIM
- JBS Kedah
- Hits: 97
