16 April 2024, Bandar Baharu - Pengarah JBSNKedah, YBrs. Pn Noor Azma Bt Deris mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Bandar Baharu.
Lawatan ini antara lain bagi meninjau pengoperasian kompleks terutamanya dari perspektif pentadbiran, pengurusan, kemudahan yang disediakan dan aspek tatakelola.
Selain itu, YBrs Pn Pengarah juga turut meluangkan masa melawat kemajuan pembinaan gelanggang futsal di KSK Bandar Baharu.Sesi taklimat dan penerangan perkembangan Projek Pembinaan Gelanggang Futsal telah disampaikan oleh Pn Nur Adilla Bt Mohamad, Penolong Pengurus KSK Bandar Baharu.
Turut bersama dalam sesi tinjauan ini En. Mohammad Suhaimi B Md Saad Timbalan Pengarah Belia, Pn Siti Hasmah Bt Hassan Timbalan Pengarah Sukan, Pn. Salwa Bt Senawi Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda dan En. Hazane B Muhamad Alwi, Penolong Pegawai Tadbir.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
- JBS Kedah
- Hits: 99
