- JBS Kedah
- Hits: 79
PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN EKSPRESI : RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024
Pendang, 19 Mac 2024 - Telah diadakan perbincangan berhubung pelaksanaan Program Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Kedah 2024 diantara PBSD Pendang dan wakil Pengetua SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin, Ustazah Puan Robiatul Adawiyah Binti Zainol Abidin.
Agenda perbincangan adalah bagi mencapai persetujuan berkenaan penyertaan serta penglibatan para pelajar SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin di dalam Program yang dijadualkan berlangsung di Masjid An-Nur,Pokok Sena pada 28 Mac 2024.
Antara pengisian aktiviti di dalam Program tersebut adalah tadarus dan khatam Al-Quran serta pertandingan Hafazan dan Azan.
#TeamKBS
#TeamJBS
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD PENDANG )
- JBS Kedah
- Hits: 79
