21.03.2024, Temoyong, Langkawi - Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan telah diadakan pada hari Khamis bertempat di Masjid Al-Ehsan, Temoyong. En. Muhamad Afif telah mewakili PBSD Langkawi dalam jemputan majlis tersebut.
Turut diadakan sempena majlis berbuka puasa tersebut adalah penyampaian sumbangan kepada asnaf setempat yang telah dilakukan oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pegawai daerah Langkawi dan ketua agensi daerah yang dijemput.
# TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BINTI HJ DRANI (PBSD Langkawi)
- JBS Kedah
- Hits: 131
