- JBS Kedah
- Hits: 60
BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) MODUL SUKARELAWAN SISTEM MYPROFIL PERINGKAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
ALOR SETAR - 7 MAC 2024 – Bengkel Training Of Trainer (TOT) Modul Sukarelawan Sistem Myprofil Peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah diadakan pada 07 Mac 2024 (Khamis) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Bengkel ini adalah anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). Objektif utama pelaksanaan bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada Focul Point yang dilantik supaya mahir dan cekap dalam mengoperasikan sistem tersebut.
Hadir mewakili PBSD Pokok Sena ke bengkel ini adalah Puan Nurul Ain binti Mohd Zain, Pegawai Pembangunan Rakan Muda.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 60
