ALOR SETAR , 20 MAC 2024 - Telah diadakan satu sesi perjumpaan di antara Unit Sosial, Bahagian Pembangunan Belia JBSNKedah dengan sebahagian Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Kedah Sesi 2023/2024 bagi membincangkan berkenaan program yang bakal diadakan oleh Ahli Parlimen Belia pada masa akan datang. Sesi ini juga membincangkan berkenaan program-program belia dan sukan yang dirangka oleh JBSNKedah sepanjang tahun 2024.
JBSNKedah diwakili oleh En. Mohd Izuan bin Saidin, Pegawai Unit Sosial, En. Ahmad Kamaruizaman bin Jamaluddin, Pegawai Unit Kepimpinan dan En. Mohd Syafiq bin Abdulah, Pemb. Unit Sosial.
24 MAC 2024, Sungai Petani– Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda telah menerima kunjungan hormat daripada Corporate Hero yang merupakan sebuah Syarikat yang membuat perkhidmatan pembekal pakaian dan percetakan, Kunjungan tersebut disambut baik oleh En Kamarol Azlan Bin Abdull Hamid Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda dan En Mohd Rusydan Bin Abdullah Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda. Antara agenda perbincangan tersebut adalah membincangkan program penganjuran bersama untuk tahun 2024.
DISEDIAKANOLEH:SITI FAIRUS BINTI MD ISA (PBSD KUALA MUDA)
24 MAC 2024, Sungai Petani – Telah berlangsungnya Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Kuala Muda yang telah diadakan bertempat di bilik gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda. Agenda mesyuarat tersebut adalah membincangkan isu-isu kemiskinan, bantuan-bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar, permohonan baik pulih rumah, permohonan bina baru rumah dan program peningkatan pendapatan di dalam Daerah Kuala Muda. Hadir dalam mesyuarat tersebut adalah En Mohd Rusydan Bin Abdullah Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda yang mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.
DISEDIAKANOLEH:SITI FAIRUS BINTI MD ISA (PBSD KUALA MUDA)
24 Mac 2024, Alor Setar ; Badan Operasi Kumpulan Kelana Laut dengan kerjasama Badan Operasi Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar bersama dengan sebahagian peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda telah berjaya melaksanakan program khidmat komuniti iaitu Program Jalinan Kasih Ramadan Tahun 2024M/1445H di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah pada 22 Mac 2024 (Jumaat) yang lalu.
Objektif utama program ini dilaksanakan ialah untuk menyemai semangat kesukarelawanan serta aktiviti sosial dalam kalangan belia di sekitar Daerah Kota Setar.Selain merapatkan hubungan silaturrahim dan menyemai kasih sayang dalam kalangan belia dengan meraikan insan-insan yang diraikan.
Antara pengisian yang telah dilaksanakan ialah gotong royong menyediakan dan mengedarkan bubur lambuk , menyediakan juadah berbuka puasa dan mengadakan Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan jawatan Badan Operasi Pasukan Kelana Laut dan semua yang terlibat kerana bertungkus lumus untuk memastikan program berjalan dengan baik.Jasa tuan/puan dalam memastikan program ini berjalan dengan baik amat kami hargai.
#arprm
#pbsdks
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
BALING , 21 Mac 2024 – Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda PBSD Baling , En Mohd Farid Zakwan telah membuat pemantauan ke Majlis Tadarus Al-Quran di Surau Al-Insyirah bagi hari ke-4 Program Rakan Muda Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Baling dijalankan.
Program yang dijangka akan dijalankan selama 10 hari ini bermula pada 18 Mac 2024 hingga 27 Mac 2024. Seramai 22 orang peserta tadarus terlibat dalam program ini dan 2 orang guru pembimbing iaitu Ustaz Wan Mohd Zamani dan Ustazah Busra .
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING , 20 MAC 2024 - Pengarah JBSNKedah, YBrs. Pn Noor Azma Bt Deris telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Rakan Muda (KRM) Baling.
Lawatan antara lain bagi meninjau pengoperasian kompleks terutamanya dari perspektif pentadbiran, pengurusan dan tatakelola. Selain itu, YBrs Pn Pengarah juga turut meluangkan masa beramah mesra di samping bertukar-tukar idea dan pandangan bersama warga kerja KRM Baling.
Sesi taklimat dan penerangan pengoperasian telah disampaikan oleh Pn Salmiah Bt Md Ani, Pengurus KRM Baling. Turut bersama dalam sesi tinjauan ini En. Mohammad Suhaimi B Md Saad, Timbalan Pengarah Belia, Pn Siti Hasmah Bt Hassan, Timbalan Pengarah Sukan, En. Hazane B Muhamad Alwi, Penolong Pegawai Tadbir dan En. Mohd Redzuan Bin Shafie, Penolong Jurutera.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BANDAR BAHARU – 24 Mac 2024 – Taklimat kepada Sukarelawan bagi Program Rakan Bumi – Selamatkan Makanan ‘MySaveFood Ramadan’ telah diadakan pada 24 Mac 2024 di bilik mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu pada jam 2.30 petang. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Nur Adila binti Mohamad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dan turut disertai oleh Pegawai Unit Rakan Muda,Puan Fariza binti Ghazalli dan En Hafiz Jamaluddin.
Taklimat berkaitan program telah disampaikan oleh Pegawai Unit Rakan Muda iaitu Puan Fariza binti Ghazalli. Antara pengisian taklimat adalah objektif program,kaedah pelaksanaan serta tempoh dan lokasi pelaksanaan program tersebut. Seramai 8 orang sukarelawan yang telah hadir ke taklimat tersebut yang juga merupakan sukarelawan bagi program ini. Turut hadir ke taklimat tersebut adalah wakil dari Majlis Daerah Bandar Baharu selaku tuan rumah bagi tempat yang akan dijalankan program ini iaitu di Bazar Ramadan Serdang,Kedah.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
PADANG TERAP KEDAH, 24 MAC 2024 – Lawatan Pemeriksaan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Kedah telahpun diadakan pada 21 Mac 2024 (Khamis) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak CGSO ini adalah berikutan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap memohon perlanjutan tempoh sewaan premis dari pihak Majlis Daerah Padang Terap (MDPT).
Dalam pemeriksaan ini, pihak CGSO telah mengemukakan beberapa cadangan serta penambahbaikan yang perlu diikuti oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Pemeriksaan keselamatan ini, telah dihadiri oleh En. Maznifirdaus Bin Marzuki, Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Kedah. Wakil PBSD Padang Terap yang terlibat dalam urusan pemeriksaan ini ialah En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan Pn. Rosnah Binti Ismail, Pembantu Tadbir, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)