13 MAC 2024. YAN, KEDAH - Satu sesi perjumpaan dan perbincangan untuk penubuhan kelab belia dan sukan telah diadakan pada 10 Mac 2024 (Ahad). Perjumpaan bersama En Mohamad Nazman Bin Md Nor dan Puan Asnatul Adha Bt Ahmad, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Yan membincangkan cara atau prosedur untuk menubuhkan kelab belia dan sukan.
Penubuhan kelab boleh dibuat di atas talian melalui laman web seperti berikut:-
SUNGAI PETANI – 5 MAC 2024 (SELASA) – Encik Ridzuan bin Hj Ali, Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda telah berkunjung ke Pejabat Pendidikan daerah Kuala Muda / Yan untuk berbincang bersama Encik Fadzli bin Yaakob, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan.
Tujuan perjumpangan ini adalah untuk berbincang tentang perlaksanaan Program Rakan Muda bagi tahun 2024. Antara topik perbincangan lain ialah berkenaan pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Muda. Diharapkan inisiatif yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak dapat memberikan impak positif di samping membantu melahirkan belia yang berpengetahuan, serta memiliki sahsiah terpuji.
#RakanMuda
#ARPRM
#TeamKBS
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#JBSNBersama
Disediakan oleh : Ridzuan bin Hj Ali, PBSD Kuala Muda
ALOR SETAR - 7 MAC 2024 (AHAD) – Program ini telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pad jam 5.00 petang.
Objektif utama pelaksanaan bengkel tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Focul Point yang dilantik agar lebih mahir dan cekap dalam mengoperasikan sistem tersebut.
Bengkel ini turut dihadiri oleh Encik Ridzuan bin Hj Ali, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Kuala Muda dan semua pegawai bahagian Rakan Muda di JBSN Kedah, daerah-daerah serta JBSN Perlis.
#rakanmuda
#jbsnbersama
#teamkbs
#teamjbsn
#teampbsdkm
Disediakan oleh : Ridzuan bin Hj Ali, PBSD Kuala Muda
Bulan Ramadan adalah kesempatan yang istimewa untuk membersihkan hati dan jiwa kita. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita dalam menjalankan ibadah puasa. Selamat menjalankan ibadah puasa
ALOR SETAR, 11 MAC 2024 - Telah diadakan Sesi Perbincangan Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang diselaraskan oleh Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad selaku Timbalan Pengarah (Belia). Sesi ini melibatkan pegawai Unit Pembangunan Kepimpinan, Sosial dan Ekonomi di jabatan.
Antara agenda yang diketengahkan adalah Pengisian bagi program-program akan datang terutamanya Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) di samping menekankan kehendak, arahan dan objektif Pengurusan Tertinggi yang perlu sentiasa dititikberatkan oleh semua pegawai dalam segala aspek.
11 Mac 2024, Sungai Petani - Selesai berlangsung sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Bagi Pengambilan Pembantu Awam Gred H11, Pemandu Kenderaan Gred H11, Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 dan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 bertempat di Dewan MPSPK Sungai Petani, Kedah pada 10 Mac 2024.
Seramai 10 orang pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah ditugaskan sebagai Penguji bagi mengendalikan sesi UKJK tersebut. Pembantu Belia dan Sukan daerah Sik, Encik Mohammad Alia Hanis bin Rosmadi juga merupakan salah seorang yang ditugaskan dalam mengendalikan sesi UKJK tersebut.
Tahniah dan semoga rezeki milik anda.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SIK
SIK, Kedah 11 Mac 2024 – Encik Zailan bin Daud Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik hadir ""Majlis Persaraan Tuan Mahamad Suhaimi bin Man, Tuan Pegawai Daerah Sik merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Sik"" diadakan di Dewan Al Hana, Kompleks Sukan Perdana, Majlis Daerah Sik.
Majlis dimulai dengan ketibaan Tuan Pegawai Daerah Sik merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Sik diiringi Tuan Setiausaha dan Pegawai Tadbir Negeri Kedah Daerah Sik serta dif-dif jemputan. Pukulan Gendang Silat turut dimainkan sepanjang perjalanan ke pentas utama dan alunan Marhaban dari kumpulan Al Muhtadin yang mendapat tempat ketiga mewakili program Pentas Marhaban dianjurkan oleh stesen TV Al Hijrah.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan tayangan video montaj penghargaan kepada Tuan Pegawai Daerah Sik merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Sik. Seterusnya ucapan yang diraikan oleh Tuan Mahamad Suhaimi bin Man mengimbau kembali bermula dari kecil sehingga ke hari persaraan beliau penuh dengan suka dan duka.
Di samping itu acara pemotongan kek serta penyampaian cenderahati dari semua jabatan dan agensi Daerah Sik kepada Tuan Pegawai Daerah Sik merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Sik. Selamat bersara diucapkan kepada Tuan Mahamad Suhaimi bin Man. Semoga persaraan dijalani dengan penuh kegembiraan, penuh keberkatan serta berbahagia bersama keluarga tersayang, sihat selalu dan dimurahkan rezeki.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SIK
BALING, 10 MAC 2024 – Program Baling Bertakwa 2 , Solat Subuh Macam Jumaat dan Gaya Hidup Sihat Jalan 10,000 Langkah telah diadakan semalam bertempat di Masjid Ridzwaniah Baling , Kedah.
Program ini telah dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Baling dengan kerjasama agensi kerajaan persekutuan dan negeri di daerah Baling .
PBSD Baling telah diberi tugasan untuk mengetuai acara kecergasan dalam aktiviti regangan sebelum memulakan aktiviti kecergasan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR(PBSD BALING)
BALING, 10 MAC 2024 – Pejabat telah menerima kunjungan dua anak muda kawasan Kupang yang berhasrat untuk menubuhkan Kelab Rakan Muda di sekitar kawasan tersebut.
Pegawai Belia Dan Sukan Baling, Pn Siti Salmiah Binti Md Ani telah menyambut baik hasrat penubuhan kelab dan telah memberi penerangan berkaitan tatacara penubuhan kelab .
Semangat dan sokongan dua orang anak muda ini amatlah dihargai oleh PBSD Baling kerana berusaha bersama-sama berbakti membangunkan belia di peringkat komuniti mereka.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)