YAN, KEDAH. 06 MAC 2024 - Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah bagi Kategori Individu Lelaki dan Wanita telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah bermula 4 Mac - 5 Mac 2024. Tiga orang calon Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Individu Lelaki hadir ke sesi penilaian tersebut untuk mewakili Daerah Yan. Calon pertama ialah Encik Mohd Firdaus Bin A. Wahab, calon kedua Encik Muhammad Aizad Bin Lutfi Amer dan calon ketiga Encik Ahmad Faiz Haziq Bin Shahrom. Turut hadir memberikan sokongan kepada mereka ialah Puan Asnatul Adha binti Ahmad, Pengawai Belia Dan Sukan Daerah Yan. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana berani menyahut cabaran untuk mewakili belia Daerah Yan. Semoga berjaya diucapkan buat semua calon-calon yang mengambil bahagian dalam APBN kali ini.
#TeamJBSN
#Teamkbs
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 106
