ALOR SETAR, 3 MAC 2024 - Berlangsungnya Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah Bilangan 2 Tahun 2024 di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Kedah. Ahli mesyuarat terdiri daripada para Pegawai Pengurusan & Profesional Jabatan dan Daerah.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Pn. Noor Azma bt Deris Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Pembentangan isu serta pelaporan program telah dibuat mengikut bahagian iaitu Khidmat Pengurusan, Pembangunan Belia, Sukan, Rakan Muda dan juga daripada semua Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Turut hadir bersama adalah En.Zailan bin Daud, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik dan En.Fahmi bin Mohd Razdi Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAERAH SIK
- JBS Kedah
- Hits: 68
