POKOK SENA, 20 FEBRUARI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena telah dijemput oleh Kelab Desa KEDA Bendang Perang bagi membincangkan program memancing yang akan diadakan di Sungai Santap Pokok Sena pada 8 Mac 2023.
Pihak penganjur mensasarkan seramai 150 orang penggemar sukan memancing akan menyertai program ini. Antara aktiviti menarik yang akan dijalankan sempena program ini adalah teka biji betik dan cabutan bertuah.
Hadir pada sesi perbincangan tersebut adalah Encik Mohamad Azhar bin Ismail, Pegawai Pembangunan Belia PBSD Pokok Sena.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 66
