- JBS Kedah
- Hits: 91
LAWATAN NAZIRAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR
21 Februari 2024, Alor Setar - Sesi ke-2 lawatan naziran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, YBrs. Puan Noor Azma Binti Deris ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
Lawatan ini antara lainnya bertujuan untuk memeriksa hal ehwal pentadbiran, pengoperasian pejabat, isu keselamatan serta membuat semakan terhadap pematuhan peraturan yang berkuatkuasa.
Penerangan taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar, Puan Nazifah Binti Zubir berhubung pengoperasian serta tatakelola pejabat. Warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar mengambil maklum atas segala teguran bagi penambahbaikan.
Turut Hadir Sama Timbalan Pengarah (Belia) JBS Kedah Encik Suhaimi Bin Md Saad, Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda Puan Salwa Binti Senawi dan En Hazane Bin Muhamad Alwi, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#naziranjbskedah
- JBS Kedah
- Hits: 91
