POKOK SENA, 20 FEBRUARI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena telah menerima kunjungan hormat daripada Dipo Darts Club bagi membincangkan jalinan kerjasama serta perancangan sukan dart di daerah Pokok Sena bagi tahun 2024.
Pengerusi Dipo Darts Club mencadangkan agar acara dart diperkenalkan secara meluas di daerah Pokok Sena serta menjalankan program pencarian bakat sukan dart kepada golongan belia sebagai langkah mempromosikan sukan dart di daerah Pokok Sena khususnya dan di negeri Kedah amnya.
Hadir dalam sesi perbincangan tersebut adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok, Sena Encik Muhammad bin Alli dan Encik Mohd Sobry bin Md Akhir, Pegawai Pembangunan Sukan PBSD Pokok Sena.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 76
