- JBS Kedah
- Hits: 78
PERJUMPAAN PERBINCANGAN PENUBUHAN KELAB BOLA TAMPAR DI FELDA LUBUK MERBAU, PADANG TERAP
PADANG TERAP KEDAH, 18 FEBRUARI 2024 – Satu sesi perjumpaan dan perbincangan untuk penubuhan Kelab Bola Tampar Felda Lubuk Merbau telahpun diadakan pada 18 Februari 2024 (Ahad) bertempat di Pejabat Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Perbincangan ini adalah untuk menerangkan prosedur serta tindakan yang perlu diambil oleh penaja kelab tersebut untuk menubuhkan kelab bola tampar itu nanti.
Dalam perjumpaan ini, perbincangan antara En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap bersama dengan En. Mohd Aliff Shamimy Bin Abd Razak, Pengerusi Penaja Kelab Bola Tampar Felda Lubuk Merbau.
Hadir bersama, En. Azizol Bin Ibrahim, Pengerusi MBFM Felda Lubuk Merbau dan En. Johardi Bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap (Unit Sukan).
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 78
