- JBS Kedah
- Hits: 69
LAWATAN ANGGARAN HARGA BAGI KERJA-KERJA MENAIK TARAF PADANG BOLA SEPAK DI KOMPLEKS RAKAN MUDA BALING SERTA KERJA BERKAITAN BAGI RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS (RMK-12) ROLLING PLAN (RP-5)
BALING, 26 FEBRUARI 2024 – Satu lawatan daripada pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Baling ke Kompleks Rakan Muda Baling pagi ini bagi tujuan membuat anggaran harga bagi kerja-kerja naik taraf padang bola sepak di KRM Baling.
Jurutera Bangunan (JB) Daerah Baling , Encik Mohd Tarmizi Bin Sharif telah hadir bagi meninjau dan meneliti skop-skop kerja naik taraf padang bola sepak KRM Baling dan teknikaliti untuk membantu dalam penyediaan anggaran harga bagi kerja berkenaan.
Turut bersama , Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling , Puan Siti Salmiah Binti Md Ani dan Penolong Jurutera JBSN Kedah , Encik Mohd Redzuan Bin Shafie.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 69
